Archive for July, 2018

My Anniversary

Salam. Alhamdulillah hari ini genap 20 tahun perkahwinan kami yang berlangsung di alor setar kedah. Isteri saya hantar kotak surpise. Setiap kenangan yang dilalui serta 3 orang hasil perkongsian hidup adalah bukti Allah maha pengasih lagi maha penyayang. Semoga segalanya diberkati ALLAH s.w.t. Ameen

Advertisements

Leave a comment »

Pulut Durian

Salam.

Saya jarang memaparkan gambar makanan kerana tak mau ada yang terliur. Tetapi kali ini saya upload juga kerana ada kenangan mengenainya.

 

Ketika di zaman sekolah rendah, setiap kali tiba musim durian, kami sekeluarga akan ke kg ulu kekabu, guntung pancor merah setiu trengganu. Lebih spesifik rumah tok ayah harun, ayahnda kepada bonda saya.

Buah durian yang luruh mesti dipunggut. Kebun durian bukan dekat dengan rumah tok ayah harun. Kena meredah laluan denai, menyeberangi sungai barulah sampai ke destinasi. Apa lagi, buah yang baru luruh apabila dicekah (kopek), isinya masih panas. Makanlah sepuas-puasnya.

Buah durian kebun tok ayah turut menjadi kegemaran sahabat hutan seperti tok jah dan pak cu uma. Anda fahamkah ye code name tu sebab tok ayah pesan real name is not allowed to be mentioned in the jungle. Tok ayah pernah tunjukkan kulit durian yang dimakan oleh tok jah dan juga pak cu uma. Pak cu uma lebih tertib dan sopan. Biji dan kulit diatur seperti kita makan tapi tok jah dia hentak dengan kaki sampai pecah buah.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah bila time makan pulut durian. Bagaimana santan, gula, ulas durian dan pulut digaul sebati dan dijamah seperti makan nasi. Ia memang sedap. Arwah tok ayah, arwah ayah, pakcik-pakcik, jiran-jiran duduk seperti nak makan hidangan kenduri cuma bukan menunya nasi dan lauk tetapi pulut, santan, gula dan buah durian menanti untuk disantap.

Bila nak balik, penuh bonet kereta toyota K20 arwah ayah diisi dengan buah durian. Selalunya arwah ayah dan ibu akan buat kenduri pulu durian di kampung dusun raja. Sapa-sapa yang pernah datang ke rumah saya pada masa itu mesti boleh bayangkan sedapnya pulut duria dari kg guntung setiu trengganu.

Hari ni saya diberi rezeki oleh Allah untuk merasai kembali legasi pulut durian tok ayah harun. Saya bertuah kerana kenangan musim durian di guntung tetap segar walaupun ia berlaku lebih 33 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat al marhum Haji Harun Bin Isa, seorang tok guru, imam dan datuk yang sentiasa saya kasihi dan rindui setiap masa.

Leave a comment »