Archive for Book Review

Sastera Melayu

Salam.

Hari Raya pun dah lepas, maka berlalulah ramadhan yang indah. Semoga kita mendapat manafaat daripadanya. Saya miss entri bulan mei 2018 kerana agak sibuk dengan kerja. Pada hari terakhir bulan mei saya ke kota tinggi untuk mengendalikan program. Tumpang solat terawih di JB.

Hari ni pula saya start puasa 6. Agak awal jika dibandingkan dengan tahun lepas. Hari ni adalah 14 syawal. Kalau tahun-tahun lepas memang saya marathonlah puasa 6 takut tak sempat.

Ohh ya, semalam kawan saya kemas opis terjumpa buku lama tahun 1975. Tak tahulah macam mana boleh ada di sini. Sayang kalau dibuang so saya ambil simpan sambil belek-belek. Jika ada masa saya sinopsiskan kandungannya.

 

Advertisements

Leave a comment »

Teman Ilmu Ketika Umrah

Salam.

Walaupun had bagasi hanya 23KG untuk penumpang pesawat saudi, saya masih usung buku-buku yang saya berniat untuk dibaca ketika menunaikan umrah.

Ada yang saya beli sejak 10 tahun yang lalu. Tidak sempat nak baca, mungkin inilah masanya. Ketika pesawat menuju ke jeddah, mengambil masa 9 jam, banyak masa untuk membaca. Buku Muhammad, anda bagaikan dapat melihat baginda, menjadi buku pertama saya baca. Betullah, saya sedang menuju ke jeddah dan madinah atas jemputan baginda. Nak kenal rasul kita dengan lebih dekat, macam nak jumpa kekasih kita. Bila ustaz mutawif bercerita pasal baginda, is refreshing apa yang telah dibaca. Baginda adalah contoh manusia terbaik di dunia ini. Sayangnya pada baginda, rindu nak jumpa dan bercerita dengan baginda di depan makam baginda.

Buku teman tetamu Allah dan pedoman umrah menjadi rujukan tetap. Buku rawatan Islam pula menjadi rujukan kepada ayat-ayat perubatan yang menjadi amalan rutin.

Buku Asma Husna 99 nama Allah menjadi terms of reference untuk berdoa kepada NYA dengan lebih mustajab. Panggilan Nama khusus bagi setiap hajat yang dipohon di hadapan kaabah.

Buku-buku solat pula menjadi rujukan untuk rujukan solat sunat taubat, hajat, tahajjud, tasbih dan lain-lain solat sunat.

Buku mengenai siwak tidak sempat dikhatam. Ironinya saya tidak beli kayu sugi baik di madinah maupun mekah. Mungkin saya lebih selesa dengan memberus gigi.

Buku khasiat air zamzam menjadi rujukan ketika di mekah. Ini kerana air zamzam boleh diminum pada setiap masa. Minum air zamzam beserta niat sambil berdoa. Juga sebagai syafaat rasul kita sebagai penyambung kasih sayang baginda kepada ‘saudara’ baginda yang tidak pernah melihat baginda tetapi melebihi baginda daripada perkara lain.

Leave a comment »

Buku Rujukan Sebagai Trainer

Salam.

Saya mula terjebak dalam bidang latihan ketika masih belajar di itm lagi. Saya pernah menjadi jawatankuasa perwakilan pelajar atau JPP di itm dulu. Saya memegang potfolio pendidikan. Saya yang dulunya malu untuk bercakap kini suka bercakap.

Ketika di amerika saya bekerja di hotel. Selalu melatih pekerja baru dalam bidang housekeeeping. Balik malaysia, saya ditawarkan kerja di unit pembangunan dan latihan di jabatan sumber manusia. Bila rakan sekerja cuti bersalin, saya mengendalikan program orientasi pekerja baru yang mana saya juga menjadi peserta. Lawak kan, saya yang organize dan saya juga adalah peserta.

Sejak lebih 26 tahun saya sering terlibat dengan bidang latihan, mengajar di universiti seperti UIA, Open universiti, universiti tun abdul razak, dll. Juga dijemput oleh universiti malaysia kelantan untuk ceramah. Saya telah melalui journey yang jauh sebagai trainer.

Cuma saya tak mengajar kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan menengah. Saya lebih terlibat dengan golongan lepasan spm, pelajar praktikal, pekerja korporat sahaja. Sekarang pun masih mengajar lah ye…

Jadi book review pada kali ini, adalah buku tulisan azhari karim, otai dalam bidang latihan. Saya ada banyak buku pasal training tapi buku ini saya baru beli semasa pesta buku kl 2017 yang lalu. Buku ini pun terbitan tahun 2008 oleh USM. Tapi untuk sesiapa nak dapat idea bolehlah guna. Saya juga telah mengikuti banyak program latihan sebelum ini dengan Certificate IV in Training and Assessment (TAE10 australia), irshad consulting, SMR training resources, program latihan SLDN jabatan pembangunan kemahiran (JPK), train the trainer anjuran HRDF yang dikendalikan oleh IRS training dan banyak jugak talk serta seminar yang telah saya ikuti. Ia menjadi sumber ilmu buat saya sebagai trainerlah…saya bukanlah trainer yang keluar tv3, astro, dll. Cuma saya bersyukur dapat berkongsi ilmu Allah dengan ramai orang.

Buku Training Guide for Trainers ada 7 chapters seperti:

1- Overcoming the most difficult part of training

2- Training indoors or outdoors

3-Evaluation of training

4-Promoting training

5-Setting down to training

6-Application of pattern interruptions

7-Secrets of a successful ending

Kata aluan daripada Dr. Tarcicius Chin, bekas ceo malaysian institute of management juga sangat bagus pasal 3 basic ingredients yang menyumbang kepada pedagogy. Lagipun 68 mukasurat je untuk bacaan santai. Harga RM14.

Yang ini pun saya beli lama dah cuma jarang buat rujukan. Saya beli pada tahun 2011. Buku tulisan Chek Mat terbitan utusan publications bernilai RM20.80. Buku ini ada contoh 16 modul latihan. Boleh pinjam kalau nak buat latihan.

Koleksi terbaru saya termasuk buku ini. Ini buku baru terbitan tahun 2017.

Buku ini tentang mental training untuk ahli sukan dari sarawak. Ada 8 chapters seperti:

1-Introduction to peak performance

2-Self-awareness

3-goal setting

4-Controlling arousal

5-Relation

6-Imagery

7-Self-confidence

8-Self-talk

Buku ini pula buku lama saya…cuma yang ini edisi jimat, saya punya cetakan lama.

Leave a comment »

Take 5@Prof Kamil

take 5a

Salam.

Buku berharga RM15.00 yang dibeli dari MPH sudah saya khatam dalam masa paling singkat. Helaian sebanyak 130 mukasurat sebenarnya adalah 200 bahasa hati menyuntik motivasi. Terdapat 12 tajuk besar iaitu 1) akhirat, syurga dan neraka 2) cinta dan kasih sayang 3) doa dan pengharapan 4) bahasa hati 5) ibadah dan pengabdian 6) ilmu dan pendidikan 7) kehidupan dan kematian 8) persahabatan dan pergaulan 9) nikmat dan kesyukuran 10) ujian dan keimanan 11) masalah dan halangan dan 12) umrah dan ziarah.

Dari tajuk pertama hingga ke tajuk ke duabelas, ia adalah dalam bentuk slides. Ayatnya kena pada kita.

Saya rekomen anda baca buku ini kerana mengikut kata prof kamil, buatlah kebaikan, biar segalanya menjadi amal dan ibadah. Kunci atas segala-galanya ialah lakukan apa sahaja…Semata-mata kerana ALLAH !, Semata-mata kerana ALLAH !, Semata-mata kerana ALLAH !

Wassalam..

 

Leave a comment »

Writing the research paper

book1

Salam.

Buku ni dah lama beli. Publishernya UPM, beli pun kat UPM. Tergerak nak baca bila beli buku DR OT last week, buku ini ada dalam list katalog dan juga ada dalam koleksi saya. Banyak betul buku saya beli tapi tak sempat baca. Minggu lepas beli buku lagi, nanti saya speed reading. Mengikut penulis buku ini (Kuang Ching Hei & Maya Khemlani David, bukan maya Karin ye), Reseach atau kajian adalah satu penyiasatan (ala-ala james bond) untuk mencari kebenaran mengenai sesuatu dengan menggunakan prosidur yang sistematik. Maksudnya ada peraturan, tatacara dan rujukan yang dibenarkan dan bukan suka-suka hati dan ikut kepala sendiri…

Tujuannya untuk mengenalpasti maklumat dan lokasi yang dicari yang sebelum ini gagal dikenalpasti atau dijumpai. Research memerlukan pengkaji bertanya orang di sekeliling, interview dan berkomunikasi dengan public untuk sahkan atau tidak sahkan sesuatu itu benar atau palsu.

Motivasi untuk menjalankan sesuatu research itu kepada pengkajinya adalah kerana minat sendiri, ingin tahu lebih lanjut mengenai sesuatu perkara atau ingin membuktikan sesuatu yang dirasa/andaian (assumption) oleh pengkaji itu sendiri.

Secara kita tidak sedar, kita selalu buat research sebenarnya. Research ni adalah satu proses berterusan melibatkan proses pembelajaran dan menemui sesuatu perkara baru. Salah satu contoh bila kita mula suka pada ‘seseorang’ awek ke mak we ke GF ke apa-apa lah namanya..

Contohnya bila kita tertarik pada seorang awek,,first mesti kita nak tau nama dia kan ? Apa kita buat ? Kalau macho Tanya dia terus, kalau tak berapa ada macho tanya orang atau usha kawan-kawan dia panggil dia apa…

Bila dah tau nama, mesti nak tau lebih lanjutkan…no HP dia, id whatsapp, twitter, dll lah…so kena berkomunikasi atau search guna google mana tau ada gambar, info pasal dia….

Jadi keywork research ialah bertanya atau ASK…..jadi apabila keinginan untuk mengetahui itu wujud dan kita mahukan jawapan, maka kita akan memulakan kajian…ha ha ha…actually dalam kehidupan kita dah banyak research kita dah buat cuma tidak ditulis sebagai hasil kajian…itu saja….

Kadang-kadang bertanya bukanlah cara terbaik untuk mendapatkan jawapan…baca buku, surat khabar, majalah, journal (alahai ini akademik lah kalau sebut journal). Pada zaman ini internetlah jawapan kepada banyak soalan dan memberi jawapan…

Buku ni ala-ala buku tadika untuk mereka yang baru nak mengenal research…elok sekadar untuk bacaan santai…tak cukup untuk mengenal research secara mendalam…

Buku ini setebal 64 mukasurat dan ada 10 bab je…setengah jam boleh khatam lah…don wori…

Leave a comment »

Perubatan Al-Quran: Rawatan Kanser

buku1Salam.

Semasa seminar anjuran pusat perubatan Al-Hidayah yang lalu, saya ada membeli buku tulisan hj lokman sendiri. Siap minta hj lokman tulis nama satu family dalam bukunya. Harga sama je kat mana-mana, RM50. Cantik bukunya, gambar color.

Buku setebal 256 ms cukup padat dengan info pasal al-quran, kanser, kaedah rawatan, tips & nasihat, dan kisah benar para pesakit kanser yang pernah mendapat rawatan di al-hidayah.

Apa yang saya paling tak berapa nak tengok dalam buku ini ialah gambar-gambar kanser. Agak menyeramkan gambar-gambar yang dipaparkan. Minta ALLAH jauhkan daripada kami.

Perkara yang saya suka dalam buku ini ialah rawatan kanser melalui kaedah ayat-ayat suci al-quran. Motonya “kesakitan juga bukanlah alasan untuk kita meninggalkan ibadat sama ada wajib ataupun sunat.”

Kaedah dalam perubatan ialah:

1) membaca beberapa rangkaian ayat-ayat suci al-quran

2) banyakkan berdoa

3) solat tahajud

4) solat taubat

5) solat hajat

6) zikir

Ia juga turut menceritakan pasal diet dan stress. Amalan mengambil madu dan air zam-zam dapat menjadikan badan kita sihat, insyaALLAH.

Jurnal pesakit menceritakan kisah benar pesakit kanser di negera kita. Bersyukurlah kita sihat.

sampai sini dulu, wassalam

 

Leave a comment »

Hang Tuah: Tokoh Epik Nasional

htuah

Salam.

Buku ini saya dapat bila datuk pengerusi bagi beberapa buku yang dia dah tak mahu. Buku yang ditulis oleh bekas ksu negara, tun ahmad sarji, yang kini pengerusi pnb siap di authograph oleh beliau sendiri. Tun ahmad sarji belajar di um dalam bidang sejarah. Dia adalah “government servant” yang banyak jasa kepada negara. Dia lahir kat tapah.

Buku ini lebih menjurus kepada ulasan beliau tentang hang tuah dalam konteks sosiologi. Ini bukan buku cerita atau novel. Kalau baca pun memang mengantuk. Saya kata ini buku ilmiah, ditulis, digarap, diceloteh secara kajian dan cadangan ilmiah..budak-budak baca tak boleh faham walaupun dalamnya ada banyak gambar.

Hang tuah diletakkan sebagai satu figure atau icon nasional kerana beberapa sebab. Tun ahmad sarji mungkin menjadikan hang tuah sebagai pedoman untuk beliau berkhidmat dengan cemerlang dalam kerajaan. Maksudnya, hang tuah ini menjalankan setiap arahan sultan dengan jayanya..sebab itu dia dikatakan setia dan taat kepada sultan melaka. Bukan seorang, tetapi semua sultan-sultan melaka yang dipertuankan hang tuah.

Kisah hang jebat mengamuk juga dibincangkan. Derhaka kepada raja merupakan kesalahan paling besar pada zaman itu. Pada zaman ini pula, sifat khianat, tidak amanah dan menikam ketua dari belakang adalah persamaan kepada sikap negatif hang jebat. Walaupun jebat dianggap ‘hero’ pada zaman ini, 600 tahun yang lampau ia adalah bertentangan dengan tatasusila dalam sistem feudal melaka. Insiden sultan mahmud mangkat dijulang dalam tahun 1699 meninggalkan kesan yang amat besar kepada bangsa melayu. Kematian sultan mahmud di tangan laksamana bentan atau megat seri rama telah menyebabkan tampuk pemerintahan atau kuasa diraja melayu menjadi huru-hara. Berlakulah perebutan kuasa, negeri-negeri berpecah, dsb.

Untuk menjadi seperti hang tuah, seseorang mestilah adalah sifat taat setia kepada pemimpinnya. Dalam surat rasmi kerajaan mesti ada “Yang menurut perintah”, kemudian ditandatangani oleh yang menjalankan tugas…Kestabilan dan keamanan berterusan dalam sistem sesebuah pemerintahan dapat dikekalkan.

Apa yang menarik, di dalam buku ini ada gambaran watak-watak penting seperti sultan melaka dan 5 saudara.

Kalau kita ke muzium melaka, memang ada gambar lukisan ilustrasi hangtuah, hangjebat dan rakan-rakan yang lain..kredit untuk buku ini, saya paparkan gambar sultan melaka untuk kegunaan adik-adik yang mengambil subjek sejarah atau kajian tempatan tetapi tidak berkesempatan melawat muzium melaka.

parameswara

Parameswara (1400-1414)

muzafar

Sultan Muzaffar shah (1446-1456)

mansor

Sultan Mansor shah (1456-1477)

alaudin

Sultan Alauddin riayat shah (1477-1488)

mahmud

Sultan Mahmud shah (1488-1511)

tuah

Hang Tuah

jebatkasturilekirlekiu

Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Likiu

Itulah gambaran watak-watak penting empayar melaka yang gemilang 1400-1511…

Sekadar renungan dan menghayati wajah-wajah mereka..

Andaikata mereka muncul depan anda, apa yang anda nak tanya kat mereka ?

Comments (2) »