Archive for Coretan hati

Pulut Durian

Salam.

Saya jarang memaparkan gambar makanan kerana tak mau ada yang terliur. Tetapi kali ini saya upload juga kerana ada kenangan mengenainya.

 

Ketika di zaman sekolah rendah, setiap kali tiba musim durian, kami sekeluarga akan ke kg ulu kekabu, guntung pancor merah setiu trengganu. Lebih spesifik rumah tok ayah harun, ayahnda kepada bonda saya.

Buah durian yang luruh mesti dipunggut. Kebun durian bukan dekat dengan rumah tok ayah harun. Kena meredah laluan denai, menyeberangi sungai barulah sampai ke destinasi. Apa lagi, buah yang baru luruh apabila dicekah (kopek), isinya masih panas. Makanlah sepuas-puasnya.

Buah durian kebun tok ayah turut menjadi kegemaran sahabat hutan seperti tok jah dan pak cu uma. Anda fahamkah ye code name tu sebab tok ayah pesan real name is not allowed to be mentioned in the jungle. Tok ayah pernah tunjukkan kulit durian yang dimakan oleh tok jah dan juga pak cu uma. Pak cu uma lebih tertib dan sopan. Biji dan kulit diatur seperti kita makan tapi tok jah dia hentak dengan kaki sampai pecah buah.

Pengalaman yang saya tidak boleh lupa ialah bila time makan pulut durian. Bagaimana santan, gula, ulas durian dan pulut digaul sebati dan dijamah seperti makan nasi. Ia memang sedap. Arwah tok ayah, arwah ayah, pakcik-pakcik, jiran-jiran duduk seperti nak makan hidangan kenduri cuma bukan menunya nasi dan lauk tetapi pulut, santan, gula dan buah durian menanti untuk disantap.

Bila nak balik, penuh bonet kereta toyota K20 arwah ayah diisi dengan buah durian. Selalunya arwah ayah dan ibu akan buat kenduri pulu durian di kampung dusun raja. Sapa-sapa yang pernah datang ke rumah saya pada masa itu mesti boleh bayangkan sedapnya pulut duria dari kg guntung setiu trengganu.

Hari ni saya diberi rezeki oleh Allah untuk merasai kembali legasi pulut durian tok ayah harun. Saya bertuah kerana kenangan musim durian di guntung tetap segar walaupun ia berlaku lebih 33 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat al marhum Haji Harun Bin Isa, seorang tok guru, imam dan datuk yang sentiasa saya kasihi dan rindui setiap masa.

Advertisements

Leave a comment »

Salam Tahun Baru 2018.

Salam.

Hari ni 8.1.18 atau 8 Januari 2018. Dah lapan hari kita melangkah ke tahun 2018, lagi dua tahun nak masuk tahun 2020. Semoga rezeki tahun 2018 lebih melimpah ruah buat kami.

Tahun 2017 merupakan tahun yang bertuah bagi saya kerana saya banyak travel. Seawal bulan Feb 2017, saya berpeluang melawat negara German, Swiss kerana urusan kerja. Melintasi bumi Austria dan sempat juga menyeberang ke negara Perancis dari Geneva. Memang tak sangkalah rezeki yang ALLAH bagi. Akibat flight dari Geneva tiba lewat di Istanbul, dapatlah round bandar lama Istanbul sebelum pulang ke Malaya.

Sampai juga di Stadium Bayern Munich.

Berada di bumi Hitler rupanya satu pengalaman yang baru bagi saya. Ini kerana sejak kecil bila tengok cerita Combat dengan arwah ayah, aksi peperangan antara askar US menentang askar Jerman yang jahat. So, otak selalu rasa Nazi ni jahat. Saya pula belajar di bumi Amerika selama 2 tahun sekitar tahun 1995-1996, maka kaki ini telah sampai di kedua-dua bumi Combat.

Kawasan berdekatan hotel kami menginap

Kami juga ke bandar Nuremberg, satu nama yang pernah disebut oleh prof kami tentang research terlarang menggunakan manusia sebagai bahan kajian. Kami ke Nuremberg kerana meeting dengan jabatan kerajaan di sana.

Persekitaran Nuremberg

Pengalaman melawat kilang pembuatan kereta BMW amat mengujakan. Muzium BMW juga sungguh mengkagumkan. Cuma cuaca yang agak sejuk mengganggu tumpuan lawatan kami.

Tak sure bila lagi boleh datang ke sini

Inilah tempat di mana kejuruteraan kenderaan “The Ultimate Driving Machine” menjadi saksi ilmu ALLAH yang tinggi diberikan kepada manusia. Ramai yang tidak tahu, orang jerman adalah pelajar utama di zaman kegemilangan ilmu di baghdad dulu. Ilmu dibawa balik ke jerman dan dikembangkan walaupun baghdad musnah diserang tentera monghul, namun ilmunya terus hidup.

Siapa yang ada boleh buat muzium

 

 

Leave a comment »

Pak Pin

Salam.

Semalam, puteri saya berkata status FB sepupunya tertera “Innalillah, semoga tok abah aman di sana”.

Sukar untuk dipercayai jika status itu benar sehingga wife saya cal dan beritahu berita tersebut. Ini kerana tiada siapa pun yang khabarkan berita itu. Mungkin ada sebabnya.

Saya ambil wife di kelana jaya dan terus ke sungai buloh. Pak Pin adalah bapa mertua kepada abang isteri saya.

Dulu mereka tinggal di sungai buloh sebelum pulang ke sungai petani untuk menghabiskan usia tua mereka. Isterinya pula kami panggil Mak Gon.

Pak Pin datang ke KL untuk rawatan susulan di IJN. Ajalnya telah tertulis untuk bersemadi di sungai buloh.

Pak Pin sangat baik orangnya. Dia menjadi tempat anak-anak saya menumpang kasih seorang datuk. Ayah saya dan bapa isteri telah tiada, jadi tok abah lah mejadi icon seorang datuk.

Tiada satu perkara negatif pun yang saya boleh kaitkan dengan Pak Pin. Orangnya sungguh murah dengan senyuman tetapi suka menyakat budak-budak. Itulah keistimewaan Pak Pin. Saya melihat satu hubungan yang sungguh akrab di antara abang ipar saya dengan bapa mertuanya. Pak Pin selalu menemani menantunya itu ke mana saja terutama setelah masing-masing pulang ke kedah

Leave a comment »

Salam Maulidur Rasul

Salam.

Semalam Jumaat 1 Disember 2017,@ 12 Rabiul Awal merupakan hari keputeraan Rasul kesayangan kita. Segala puji bagi Allah s.w.t dan selawat serta salam kepada Baginda s.a.w setiap detik dan saat tanpa henti selagi hayat ini masih nyawa. Semoga catatanku ini menjadi bukti setia dan utuhnya pegangan kami terhadap ajaran yang dibawa baginda Rasul.

Kami berkesempatan untuk pulang ke alor setar pada hari khamis. Alhamdulillah dapat solat subuh di masjid sultanah di pagi jumaat diimamkan oleh imam faveret saya tuan imam mustafa kamil bin abdul jamil.

Rezeki yang tidak disangka, ada jualan kitab Al Syamil As Syarifah yang dikarang oleh Al Imam As Sayuti. Hasil jualan kitab juga adalah infak untuk pembinaan sebuah pusat ilmu Al Quran.

Pada pagi Maulidur Rasul, Syeikh Dr Khaleel Ismael Elyas menyampaikan kuliah subuh khas. Beliau menyampaikan pengajian hadis dari kitab ini dalam bahasa arab dan diterjemahkan oleh seorang ustaz.

Ia menghuraikan sifat-sifat fizikal Rasul seperti, wajah, warna kulit, rambut, gigi, jari tangan, cara berjalan, dan nabi tidak suka orang yang suka berbohong walaupun kanak-kanak.

Syeikh Khaleel akan meneruskan pengajian kitab ini pada setiap hari jumaat pertama setiap bulan. Jika kalian tinggal berdekatan masjid sultanah alor setar, jemputlah….Wassalam.

Leave a comment »

Aidil Adha 1438H

اَللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ، اَللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللَّهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلاً

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ مُخْلِصِيْنَ لَهُ الدِّيْنَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ اْلأَحْزَابَ وَحْدَهُ

لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

اَللهُ أَكْبَرُ وَالِلَّهِ الْحَمْدُ

Alhamdulillah, semalam kita menyambut hari raya haji.

Sebentar tadi saya selesai ibadah korban di Langgar Alor Setar, berhampiran makam Diraja Kedah.

Dah lama saya tak buat ibadah korban. Minggu lepas call abang ipar di alor setar minta dia cari 1 tumpuk (orang kedah define 1 bahagian korban), kalau ada lah sebab request last minutes. Dia reply dia pun dok cari juga. Setengah jam kemudian dia call kata ada, so saya confirm je. Terasa amat bersyukur kerana ada rezeki saya untuk buat ibadah korban pada tahun ini.

PM pula declare cuti pada hari isnin 4 sep sebagai hadiah kita menang sea 2017. Dapat cuti extra. Bolehla masak untuk jamu orang.

Minta wife buat sup untuk jamu sedara makan tengaharinya. Bahagian daging turut diagihkan kepada jiran dan insan yang sepatutnya.

Bila tengok orang makan sambil menikmati rasa sup yang sedap itu, terasa sayu terkenang arwah ayah yang suka sangat-sangat makan sup.

Saya request wife sediakan daun sup dan bawang goreng serta sambal belacan & timun. Semoga pahala ibadah korban ini sampai kepada arwah ayah dan ma. Rindu sangat kepada kalian.

Terima kasih kepada wife sebab masak, cuci perut lembu bersama kakak ipar saya dan abang ipar yang menolong cari lembu korban pada tahun ini. First time saya buat korban di kedah.

Semoga tahun depan ALLAH s.w.t beri rezeki, masa, kelapangan dan umur berserta kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah korban bersama isteri, dua puteri dan putera saya. 5 tumpok dah tu. Ameen.

Leave a comment »

7 Syawal di UIA Gombak

Salam.

Dah masuk 7 syawal. Kami dah balik kl pun. Berkesempatan solat di masjid uia gombak kerana menghantar puteri masuk hostel.

4 tahun saya tak jejak kaki ke uia gombak sejak 2013. Kali terakhir saya ke sini sehari sebelum saya jatuh sakit dalam bulan jun 2013.

Jodoh saya dengan uia bertaut kembali apabila puteri pindah dari uia pj ke sini. Saya selalu solat jumaat di sini bersama rakan pernec  keramat satu ketika dulu”Good Old Days”, ambil program cica di law center, mengajar prt time di kict, tumpang study di bilik kosong masa buat master dulu dari tahun 2000-2002, walaupun buat master di uitm. Datang dengan mior & abe kelate.

Menuntut ilmu dengan dr ot pun di sini sebelum jatuh sakit.

Apa pun uia ni banyak jasanya….

Dapat solat jemaah insyak di saf pertama sebab students belum balik cuti lagi.

Alhamdulillah, dapat ziarah 3 masjid tsunami di banda aceh pada 7 ramadhan (baiturrahman, baiturrahim & rahmatullah), subuh di masjid zahir & sultanah alor setar. Solat jumaat di masjid rafeah alor setar. Jumaat pertama di bulan syawal dapat dilaksanakan di masjid ubudiah kuala kangsar ketika pulang ke kl dari utara pada 6 syawal yang lepas.

Rindu pula dengan bulan ramadhan. Suasana yang sungguh istimewa, bonus berganda & mega sales pahala dan rahmat Allah melimpah ruah…

Ya Allah, aku belum dijemput ke rumahmu di Mekkah Al Mukaromah…dan menziarahi makam kekasihmu di Madinah Al Munawarrah….

Orang kata bila sampai di pintu masjidil haram, air mata akan mengalir melihat baitullah iaitu kaabah….ameen

Leave a comment »

Terawih di Masjid UIA PJ


Salam.

Malam ni malam ke 27 ramadhan. Saya berkesempatan solat terawih di masjid kampus lama uia pj.

Kira-kira 23 tahun yang lalu, saya sempat singgah belajar di sini sebelum ke usa.

Kampus ini menjadi kenangan tempat saya transit dalam journey menuntut ilmu dalam hidup saya.

Ohh lupa pada 3 jun yang lepas ketika saya ziarah ke banda aceh, puteri sulong saya mula belajar di sini sebagai pelajar asasi sains kemanusiaan.

Asalnya dia nak sambung dalam bidang ekonomi tetapi ditawarkan bidang human science.

Alhamdulillah permohonan menukar program diluluskan. Malam ni kami datang bawa dia pulang dan minggu depan dia akan berpindah ke kampus uia gombak.

Saya ambil peluang solat terawih di sini kerana tak sure bila lagi nak datang ke sini.

Imam muda membaca surah ar rahman untuk 20 rakaatnya. Tapi cam biasalah selepas 8 rakaat tinggal 2 saf sahaja makmum.

Apa-apa pun uia adalah institusi pengajian yang sentiasa di hati saya bersama dengan uitm.

Leave a comment »