Archive for Picture Speaks

Kuih Qasidah

Salam Ramadhan Al Mubarak.
Petang tadi request kat wife nak kuih qasidah. Teringat semasa menyambut awal ramadhan di kota star, ibu mertua menyediakan kuih klasik negeri kedah.

Semasa berbuka, air mata mengalir perlahan dan disedari oleh ahli keluarga tanpa saya ada jawapannya.

Saya minta puteri kedua ambil ipad untuk saya rungkaikan momen istimewa tadi kerana saya mendapat bayangan ini menu istimewa nenek moyang berbuka puasa di zaman mereka dahulu.

Lalu saya taip di google “kuih qasidah diraja kedah”. Dalam satu entri bertulis “kuih qasidah diperkenalkan oleh orang keturunan arab di kedah”.

Alhamdulillah, itu sebab lah perasaan sayu tetiba datang, ada kena dengan lokasi saya berbuka puasa di aceh minggu lepas. Correlation yang masuk akal bagi saya.

Bulan ramadhan ini bulan istimewa, roh-roh orang yang mulia dibenarkan menziarahi mereka yang dikehendaki.

Berbalik kepada makna Qasidah, saya google juga dan maksudnya ialah puji pujian kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk syair.

Jadi kuih qasidah adalah kuih puji pujianlah secantik bentuknya, lembut fiturnya, manis & lemak enak rasanya dan warna putih sesuci Rasul kita. Bawang goreng sebagai pelazatnya.

Saya mula menyukai kuih qasidah ini.

Leave a comment »

Daulat Tuanku

Salam. Pada 24 April yang lalu Sultan Muhammad ke V ditabal menjadi SPB Yang Dipertuan Agong ke 15.

Ia mengulangi detik sejarah 42 tahun yang lalu apabila nenda tuanku iaitu Sultan Yahya Petra menjadi SPB Agong yang ke 6. Pada ketika itu Tuanku Sultan Muhammad ke V baru berusia 6 tahun.

Patik berasa sungguh bangga kerana pernah bersekolah dengan tuanku selama dua tahun dari tahun 1980-1981.

Patik sekeluarga menjunjung kasih dan taat setia kepada tuanku.

Semoga berkat dan daulat tuanku melimpah ke bumi Malaysia, InsyaALLAH.

Leave a comment »

Dunia di atas awan

Salam.

Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’un alim

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa, “Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang di bumi dan yang di langit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)..

Saya berpeluang untuk terbang ke paka trengganu demi tugas beberapa kali sejak dua tiga bulan ini.

Setiap kali terbang di pagi hari saya berpeluang melihat satu ciptaan ALLAH s.w.t yang maha hebat. Teringat doa di atas tentang apa yang ada di langit….

img_4177

Terasa amat bertuah kerana diizinkan ALLAH berada di tempat yang tinggi dan melihat ke bawah. Seumpama para malaikat yang sentiasa melihat ke bawah sana. Dan bukan semua orang pernah berada di atas sana…Sheikh muzaffar adalah rakyat malaysia yang berada di tahap paling tinggi sebagai angkasawan.

img_2999

Maha suci ALLAH yang menjadikan dunia ini yang amat cantik. Sudah pasti di bawah sana ada makhluk ciptaannya yang kita nampak dan tidak kita nampak.

img_3001

Bukit-bukau, gunung-ganang, awan yang putih suci bersih, betapa hebatnya kuasa ALLAH.

img_3002

Tidak lupa tangan-tangan manusia yang menjadi punca segala bencana hasil buatan sendiri. Alasan untuk pembangunan.

img_3007

Apa pun mesti ada alasan kenapa bukit menjadi  gondol dan ditarah sebegitu rupa.

img_4190

Hampir tiba di kertih, panorama lautan china selatan menjadi santapan mata. Begitulah indahnya di atas sana. Mengingatkan saya kalau dari atas pesawat pun panoramanya sungguh cantik, bagaimana pula cantiknya syurgamu ya ALLAH. Aku ingin masuk ke syurgamu tanpa hisab ya ALLAH. Perkenankanlah…wahai Ya Rabbi, TuhanKu..

Leave a comment »

GoodBye

goodbye

Salam.

Semalam 10.10.16, nombor yang cantik dan 9 muharram. Saya terjumpa dalam koleksi whatsapp saya gambar ni. So sharelah buat mencoretkan sesuatu..

Katanya” Beza antara selamat tinggal dan melepaskan awak pergi ialah…selamat tinggal, maksudnya kita akan berjumpa lagi apabila saya sudah sedia untuk menggenggam erat tangan awak dan awak juga sudah sedia untuk buat perkara yang sama.”

Melepaskan awak pergi, maksudnya saya akan merindui genggaman tangan awak. Saya sedar, tangan awak bukan untuk saya genggam dan saya tidak akan genggam tangan awak sampai bila-bila. wuuuuuuuuuuuuuuuu.

Melewati usia 40-an, banyak kenangan bersama orang-orang yang pernah kita sayangi tetapi jodoh bukan milik kita muncul seperti angin pantai menyapa pohon kelapa. Beberapa hari yang lepas, saya berada di beberapa tempat yang berbeza. Acapkali ternampak pasangan muda-mudi sedang bercinta. Dari raut wajah mereka, indahnya cinta ini…betul cinta sungguh indah.

Saya juga pernah beberapa ketika di zaman muda mempunyai dua kekasih dalam masa yang sama. Yang peliknya, mereka tahu mereka ‘dimadukan’ tetapi tidak ada seorang pun yang mengalah. Masing-masing mencuba agar hati mereka dimiliki oleh saya.

Bukan saya seorang playboy tetapi pada zaman itu, kita agak kabur siapa yang akhirnya menjadi surirumah kita….

Saya menetapkan satu standard untuk mencari seorang pasangan hidup. Ia terlalu sempurna dan jika si A ada ciri 1,2,3 tapi tiada ciri 4,5. Si B pula tiada ciri 1,2 tapi ada 3,4,5….pening sungguh….

Akhirnya saya diberi seorang isteri yang tiada un 1,2,3,4,5 tapi ada 11,12,13,14,20…..ha ha ha…standard itu mengarut sebenarnya…

Kalau anda terlalu cerewet tunggu lah akibatnya…..nak yang tangan lembutlah, sopanlah, bla-bla-bla….yang penting dia sayangkan kita, boleh jaga kita, jadi ibu yang baik kepada zuriat kita dan……………………..tekalah sendiri…….

 

 

 

Comments (2) »

Jumaat Terakhir

Salam.

Sedar tak sedar, hari ini hari jumaat terakhir 1437H. Ramai kawan-kawan yang menunaikan ibadah haji belum pulang lagi.

Bulan ni saya banyak travel. Mengendalikan latihan, mesyuarat, dll. Penat rasanya badan ni. Isnin depan kita menyambut tahun baru 1438H.

gaiv8139

Ini projek melibatkan mereka yang diberhentikan kerja dan diberi latihan sebagai perancah. Alhamdulillah mereka dah dapat kerja pun.

johor-mahir

Saya pun terlibat sama dalam program Johor Mahir ni di Komtar@JBCC dari 7-8 Oktober 2016. Ada pameran, workshop multimedia dan programming di sana nanti. Jumpa di sana.

Leave a comment »

Aku Terbang Lagi


Salam.

Alhamdulillah saya berjaya mencukupkan puasa 6 hari di bulan syawal. Hari last tu hari ke 6 puasa saya.

Jumaat lepas, dah nak habis waktu kerja, boss minta ke JB untuk workshop bajet 2017 negeri Johor. Terus request flight dan hotel. Bukan itu saja kena ikut meeting lagi hari selasa di iskandar puteri (nusajaya). Dua malam lah out station. Lepas balik raya hari tu semalaman je out station di jb. 

Bagi tau wife, dia cam biasala macam ok je walaupun dia mesti stress kena ngantau budak ke sekolah esok.

Setiap kali ke subang airport mesti teringat waktu nak balik ke kb waktu ibu meninggal. 

Flight 17.40 ni tak panggil lagi ke…. Oook panggil dah

Comments (1) »

Batman VS Superman

btman(Copyright forbes.com)

Salam.

Minggu lepas bawa family tengok movie batman vs superman. Saya dan anak lelaki tertidur kat tengah cerita.

Cerita bermula dengan serangan general zod ke atas bandar metropolis dan superman berjaya membunuh serta menjatuhkan kapal angkasa general zod. Salah sangka bermula apabila ramai mangsa terkorban, ia melibatkan pekerja bruce (batman).

Lex Luther, musuh lama superman adalah dalang kepada permusuhan. Lex blackmail superman dengan  meminta kepala batman dibawa kepadanya dengan menjadikan ibu superman sebagai tebusan. Superman datang kepada batman untuk explain kepada batman tapi batman dengan penuh emosi refuse dan mula bertarung.

Superman hampir kena tikam dengan batman menggunakan tombak berhulu kryptonite. Bila superman sebut nama ‘martha’ batman tersentak kerana ia adalah memori hitam di saat bapa bruce hampir mati memanggil ibu bruce yang kedua-duanya terbaring setelah ditembak penjenayah di depan bruce. Tetiba, Lois lane kekasih superman datang memberitahu batman ‘martha’ adalah ibu clark kent (superman). Superman minta tolong batman selamatkan ibunya yang diculik lex. Mereka bergabung dan menyerang lex tapi…….

Cerita ni heavy sangat dengan pertarungan adiwira-adiwira menentang makhluk klon dari dna mayat general zod, ala-ala zombi. Siap ada wonderwoman datang tolong. Akhirnya, superman ditikam oleh makhluk. Kerana badan makhluk itu adalah kryptonite maka superman mati…

Moralnya….dua orang baik bergaduh kerana fitnah dan manipulasi orang jahatlah…

Leave a comment »