Archive for Rumah ALLAH

Masjid Cahaya Mataku

241120131398

Salam.

Saya memenuhi undangan saudara syukri dalam entri saya mengenai masjid sg. chincin.

Kali pertama saya ziarah pada bulan november 2013, kali pertama saya pulang ke kb selepas saya sakit.

Masjid ini agak tersorok, saya kena tanya ramai orang baru sampai. Ia terletak di pasir hor. Ia dibina oleh keluarga tan sri datuk seri tg. ahmad rithauddeen, mengambil nama isteri beliau toh puan tg nuraini.

241120131388

Sebab saudara syukri dah stori ini sebuah masjid so saya tak lah terkejut sebab bentuk macam sebuah istana..memang macam istana pun..

241120131396

Kat sebelah ada rumah khas..VVIP..

241120131397

Dapatlah saya penuhi undangan saudara syukri…cuma pada waktu siang..

241120131394

Seni ukiran kayu yang amat tinggi nilainya..

241120131393

Suasana yang amat tenang ketika berada di sini…

241120131392

Menara masjid pun tinggi, habis coverage camera hp saya.

241120131395

Saya datang lagi minggu lepas dengan isteri untuk solat maghrib. Cuma banyak lampu tidak dipasang termasuk lampu dalam gambar atas kerana jemaah pun tak ramai so bazir letrik..

20140606_192512

Cahaya agak kelam sebab sikit je lampu dipasang..tak pelah..tak de rezeki nak tengok suasana masjid dengan nur yang menerangi masjid..mungkin bulan ramadhan suasana lebih cantik..apa-apa pun kami dapat solat di sini…imam siap tanya datang dari mana…rupanya imam kenal ahli jemaahnya…wassalam.

 

Leave a comment »

Masjid Kg Tapang

20140606_135739

Salam..

Minggu lepas kami diberi masa oleh ALLAH untuk pulang menjenguk ibu di Kb. Di tengah kesibukan dunia dan cuti sekolah ada juga masa untuk ke sana.

Pada hari jumaat, beria-ia untuk solat jumaat di masjid tok guru pulau melaka. Orang dah azan baru gerak, sampai kat pulau melaka masjid lenggang, tanya sorang brother, katanya masjid untuk solah fardu saja.

Nak ke kota jembal tak tahu masjid belah mana so patah balik dan hati tergerak untuk ke masjid kg tapang, masjid zaman kecik-kecik dulu, yang saya pernah cerita pada enti masjid sg chincin.

Seingat saya, last saya datang amsjid ni dalam 5-6 tahun dulu untuk bayar zakat fitrah. Last solat jumaat di sini seingat saya dalam tahun 1985, sebelum saya ke star ipoh.

Masjid ni banyak kenangan saya dan arwah ayah. Setiap jumaat seawal 11.30 pagi kami akan ke bangunan 13 di kb untuk jemput seorang ustaz dari besut untuk mengajar agama. Saya tak tahu kenapa ayah saya kena jemput cuma seingat saya, pada waktu itu kami antara keluarga pertama yang ada kereta..kereta kami platnya DA….

Jadi hati memberontak sebab nak tengok cerita mobby dick kat tv, lepas jumaat pula ada cerita time tunnel atau land of the giant. Saya paling bengang kalau ada jemputan kenduri selepas solat jumaat…memang miss lah cerita..

Ohh ya, terkejut saya sebab masjid dah berwajah baru…

Sejak kematian tok imam hussein, yang juga guru al-quran saya, jiran kami dan ustaz ramlee, menantu tok imam, juga jiran kami, legasi kedua-dua imam sudah dilupakan. ustaz lee, nama panggilan orang kampung kepada ustaz ramlee, beliau akan ganti tok imam hussein baca khutbah jumaat dan jadi imam kalau tok imam hussein ada urusan lian atau tak sihat…

20140606_133621

Ini bahagian baru dalam masjid. Mengimbas kembali waktu kecik-kecik dulu, bila budak kg tapang selalu nak buli saya sebab saya tak ada kawan kat kg tapang kerana kami dari kg dusun raja. Cuma saya bangga sebab tok imam hussein tu jiran kami…so tiap-tipa hari jumaat kami datang sini untuk solat..he he pada masa tu orang kg tapang tiada yang berkebolehan untuk jadi imam so kena tok imam hussein jadi imam masjid tapang..Pada masa  tu masjid kg cherang bekum ada lagi, yang paling dekat masjid rambutan rendang..sekarang dipanggil masji kg chempaka.

20140606_135105

Ini bahagian tengah masjid. Mimbar pun dah baru. Dulu-dulu masjid memang padat. Budak-budak penuhkan bahagian belakang. Yang datang pun main-main sambil sembahyang, kacau orang, dll…zaman sekarang pun sama…budak-budak tetap budak-budak..

20140606_135236

Ini bahagian sebelah kiri. Struktur lama masjid masih kekal.

20140606_135625

Kat tengah masjid boleh nampak ruang tingkat atas. Wah ada 2 tingkat rupanya. Bahagian untuk jemaah wanita biasanya..saya naik ikut tangga kat belakang untuk tengok ruangan atas masjid..

20140606_135518

Ada kesan bocor sebab semalam hujan lebat. Karpet belum pasang lagi..

20140606_140014

Aikk ni kat mana pula ? Lepas solat saya jalan ke bahagian depan masjid. Gabungan lama dan baru..mungkin bahagian ni akan dibina dengan yang baru…maka hilanglah kenangan lama masjid tapang..nasib baik saya tergerak ke sini pada kali ni…adik-adik lelaki saya tidak dibawa oleh arwah ayah ke sini kerana pada zaman mereka masjid kg cherang siap dibina pada akhir tahun 80an-90an. Jadi saya je yang ada sentimental value pada masjid kg tapang…

20140606_140456

Kenangan yang tinggal untuk saya ingati. Masjid kg tapang yang banyak mmberi ilmu agama kepada saya walaupun pada zaman itu saya dipaksa oleh arwah ayah untuk hadir mendengar orang mengajar agama tapi alhamdulillah banyak perkara, cerita agama, ilmu tauhid, fekah saya dapat melalui pengajian kitab. Saya lupa betul nama ustaz yang mengajar. Bacaan fatihah beliau pun pelik tapi sama dengan cara bacaan arwah pakcik saya, arwah imam mat yamin, imam kg pernu melaka, suami maksu cik biadah saya. Kata arwah ayah mereka dari pondok yang sama. Arwah ustaz tersebut selalu dijemput ke rumah untuk solat hajat apabila kami nak exam, penilaian darjah 5, upsr adik-adik, dll solat hajat.

20140606_140123

Satu gabungan lama-baru masjig kg tapang. Sebahagian nostalgia saya berada di sebelah kiri dan masjid baru adalah harapan untuk generasi kg tapang…sedih bila teringat kepada arwah ustaz, ustaz lee, tok imam hussein dan arwah ayah. Mereka semua sudah tiada tapi jasa mereka sangat besar…al fatihah buat mereka. Watak-watak yang pernah menghidupkan sinar pengajian agama di masjid kg tapang. Kisah mereka tiada dalam mana-mana buku atau catatan. Cuma dalam ingatan mereka yang pernah berada di masjid kg tapang tiap-tiap hari jumaat untuk belajar kitab..orang lama kg tapang pun ramai yang dah tak ada…seingat saya tok penghulu mat sangat baik dengan keluarg kami…pada tahun 1990 apabila pas memerintah kelantan, tok penghulu mat pun hilang jawatan tersebut kerana dia pernah berkhidmat di bawah kerajaan umno…ramai tok imam ditukar tapi tok imam husssein tetap maintain…power jugak politik tok guru saya ni…

20140606_135908

Beberapa rumah lama di sebelah masjid dah bertukar baru..saya ingat rumah yang selalu buat kenduri lepas solat jumaat pun dah tak ada…tau kenapa masa kecik saya tak suka kenduri. Kerana saya tak pandai makan nasi pakai tangan dan kena ambil lauk sendiri..saya kat rumah masa kecik makan nasi pakai sudu & garpu…macam mat saleh..pernah to sedara saya perli kata saya ni macam orang putih…alhamdulillah saya pernah dapat sambung belajar ke luar negara…bila kat sana ok je makan pakai tangan…

Begitulah kenangan saya dan arwah ayah meramaikan jemaah setiap kali solat jumaat di masjid kg tapang sekitar tahun 1976 – 1985. Seingat saya kali pertama arwah ayah bawa untuk solat jumaat pada tahun 1976, kerana pada masa yang sama mak saya nak lahirkan adik saya yang ketiga. Kena pergi ambil bidan dan bergegas ke masjid untuk solat jumaat..wassalam..

 

Leave a comment »

Masjid Ikhsaniah Iskandariah, Kuala Dal, Padang Renggas

20140501_153415

Salam.

Hari khamis lepas, sempena hari pekerja dan esoknya ada wedding anak buah di alor setar, maka kami bertolak ke utara agak lewat dari biasa. Selalunya lepas kerja dah balik tapi sejak beberapa kali tiba lewat malam akibat banyak stop di R & R kerana mengantuk maka tak senang nak balik malam. Ditambah pula dengan kes kemalangan karpal singh di gua tempurung dan kami pernah diuji dengan beberapa perkara di kawasan itu maka kuat isyarat agar tidak travel malam.

Dah lama tak singgah masjid Ubudiah, kuala kangsar, maka singgah untuk jamak zohor dan asar. Kami sempat menikmati aiskrim roti dan kon serta rojak buah di depan masjid. Then decide untuk ikut jalan biasa melalui padang renggas, bukit gantang dan ke changkat jering. Dok usha kalau musim buah dah tiba tapi kosong je….ropanya durian baru berbunga ya…

Selepas jejantas untuk masuk ke tol kuala kangsar, di sebelah kiri ada sebuah masjid lama iaitu masjid lama kampong kuala dal mukim padang renggas. Mengikut catatan di depan masjid ia dibina oleh sultan iskandar shah, sultan perak ke 30 pada tahun 1936. Ia dirasmikan pada hari jumaat 10 zulhijah 1356H / 11 februari 1938M. Ia dikenali sebagai masjid ikhsaniah iskandariah kerana baginda bernazar membina sebuah masjid setelah anakandanya sihat dari gering.

20140501_153359

Masjid ini seperti istana kenangan bukit chandan, kerana baginda berkenan ia dibina sebegitu rupa. Masjid ini dua tingkat, atas untuk solat, bahagian bawah untuk mengaji dan kenduri.

20140501_153551

Beduk tergantung di bahagian atas, mudah diketuk bila waktu azan. Tukang kayu mahir bernama panjang noh, kulup ngah, wan Ibrahim, dan ngah gadoh turut dibantu oleh orang kampong secara gotong royong membina masjid. Bila kita fikir sejenak, mulianya raja-raja melayu dalam menjaga agama dan umat islam di tanah melayu.

20140501_153609

Janganlah kita derhaka dan menghina raja-raja melayu islam kita kerana mereka memayungi sejak zaman moyang kita lagi. Ada yang kata karpal singh yang kurang ajar kerana pernah menghina sultan azlan shah akhirnya meninggal di bumi perak kerana daulat sultan perak. Jangan kita main-main dengan daulat raja melayu islam. Kepada mereka yang bukan melayu, kalau nak merasa daulat raja-raja melayu islam cubalah menderhaka. Semuanya dengan izin ALLAH s.w.t atas apa yang terjadi tetapi sikap melampau adakalanya ALLAH bayar cash, cepat atau lambat sahaja… di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung…harap kalian fahami maksud itu…sedar asal-usul kita jangan jadi biadap dan kurang ajar…Dengan izin ALLAH tentera kacang merah pun dipanah petir..

20140501_153446

Terima kasih juga kepada kerajaan kerana masjid ini telah dibaik pulih jika tidak ia akan musnah dimamah usia. Sayangnya masjid ini berkunci maka tak dapat saya solat di dalamnya. Ini kerana kat sebelah dah ada masjid baru..masjid al-wahidiah. So masjid baru mengambil alih tugas sejak tahun 1976. Masjid ini dianyam menggunakan buluh dan dicat dengan warna bendera negeri perak. Semoga agama islam, tanah islam dan umat islam dilindungi ALLAH sampai ke akhir zaman..ameen..

Leave a comment »

Masjid Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang

071220131416
Salam.

Semalam ada conference ICOBEE 2013 (international conference on business, entrepreneurship and engineering) anjuran universiti malaysia perlis. So lepas kerja balik alor setar dulu, tak mau bazir duit dok hotel.

Bertolak ke penang pukul 1, beratur jugak nak tunggu feri ke pulau. Sampai batu feringgi dah pukul 4.30 ptg. Minta wife cek google map untuk ke lebuh acheh, untuk ziarah masjid lebuh acheh. Jalan kat penang banyak sehala dan kat area komtar dah jem.

Masa dalam perjalanan balik pada hari jumaat mesej ‘gentle reminder’ diterima untuk ziarah masjid lebuh acheh. Dah sampai tanjung, kenalah ziarah.

071220131417Kedudukan masjid agak terlindung dengan bangunan lama.

Signifikannya masjid ini kerana dalam tahun 1972, ayah dan ibu kepada arwah ayah saya (datuk dan nenek sebelah ayah) pergi menunaikan haji. Ayah, ibu, datuk dan nenek naik train dari wakaf baru melalui tumpat, masuk ke siam, then dari padang besar ke butterworth. Susahnya perjalanan untuk ke mekah pada zaman itu. Penang menjadi tumpuan seperti hotel tabung haji di kelana jaya sekarang ni.

Sampai je depan masjid cari parking private. Tertera pada papan tanda masjid: masjid melayu lebuh acheh pulau pinang. Diwakafkan oleh Tunku Syed Hussain Idid, didirikan pada tahun 1808 M, kira-kira 205 tahun yang lampau.

071220131418Saya pusing sekitar masjid sebelum masuk melalui pintu utama.

071220131422

Cuba dapatkan view dari pelbagai sudut masjid.

071220131423Ini pula perigi lama masjid yang digrill supaya tidak berbahaya kepada kanak-kanak.

071220131424

Kolah masjid ala-ala swimming pool. Anak saya dok usha. Siap tanya boleh masuk ke dalam kolah ni.

071220131438

Saya kira ini adalah bahan asal masjid yang dikekalkan sebagai bahan sejarah (bukti fizikal) kerana area lain sudah direnovate beberapa kali. Ini kerana bahan yang digunakan dalam sektor pembinaan telah melalui proses yang berbeza.

071220131437

Melangkah masuk melalui pintu utama untuk ke ruang solat.

071220131427

Suasana yang tenang ketika berada di dalam masjid yang dulunya menjadi masjid transit para jemaah haji. Arwah datuk dan nenek pernah bermusafir di sini. Ibu saya pernah solat di masjid ini ketika saya berada di alam rahim lagi. Syukur ya ALLAH kerana diberi ruang masa untuk ke sini setelah saya sihat dari sakit.

071220131436

Bayangkan kalau saya diberi masa untuk ke zaman dahulu dan melihat jemaah haji zaman silam memenuhi ruang masjid ini.

071220131428

Zaman telah berlalu dan hanya mereka yang pernah transit di masjid ini sahaja menyimpan nostalgia. Tahun 1976 adalah tahun terakhir jemaah haji kita naik kapal ke mekah sebab dah ada flight.

071220131439

Di sekeliling masjid ada tempat duduk. Sudah tentu tempat para jemaah melepak menunggu hari kapal belayar ke tanah suci.

071220131430

Struktur dinding masjid yang masih kukuh pernah menjadi saksi kehadiran jemaah haji suatu ketika dulu.

071220131431

Di hadapan masjid menghadap kiblat, tersegam sebuah binaan yang menjadi tempat bersemadi Tunku Syed Hussain Idid, pengasas perkampungan melayu di lebuh acheh.

071220131433

Mengikut papan sejarah di depan masjid, beliau adalah seorang putera acheh yang datang bersama pengikutnya ke pulau pinang. Masjid ini dibina sebagai wakaf oleh beliau bersama pengikutnya. Al fatihah buat Tunku Syed Hussain Idid yang banyak berjasa kepada agama dan bangsa melayu.

071220131440

Ini pula persekitaran masjid yang dikelilingi oleh rumah-rumah lama.

071220131442

Sebelum pulang saya naik ke tingkat satu sebuah apartment di sebelah masjid untuk snap satu view dari atas.

071220131420

Akhirnya lengkaplah hajat saya untuk ke masjid ini. Destinasi saya seterusnya ialah menziarahi masjid-masjid di acheh pula. Bila ? ALLAH yang menentukan, insyaALLAH.

Leave a comment »

Masjid Tok Kenali

241120131369

Salam.

Sejak saya sembuh dari sakit, baru kali ini dapat pulang berjumpa ibu di kb. Pada kesempatan ini bersamaan 20 muharran 1435H, buat pertama kali menziarahi masjid tok kenali, tokoh ulama besar kelantan. Malah turut tersenarai sebagai 7 wali alam melayu, seperti yang ditulis dalam entri masjid sg cincin.

241120131375

Masjid ini terletak berhampiran dengan pintu masuk kedua istana kubang kerian. Kena masuk ke jalan tok kenali, lebih kurang 100m dari jalan besar. Banyak info di depan masjid tentang aktiviti pondok tok kenali yang terletak di sebelah masjid ini.

241120131374

Ruang tambahan masjid bagi menampung jemaah area tersebut terutama ketika solat hari raya.

241120131372Ruang utama masjid yang agak simple cuma agak kurang terjaga dari segi kebersihan.

241120131373Masjid ini memerlukan sedikit dana untuk menjaga struktur agar tidak dimamah usia. Tingkap yang sudah tiada dikhuatiri apabila hujan akan membasahi ruang utama.

241120131381Ini pula ruang solat jemaah muslimat. Ruang solat yang agak luas dikhaskan untuk muslimat menunjukkan bilangan yang hadir ke masjid agak ramai jika dibandingkan dengan masjid-masjid lain. (ini andaian saya je)

241120131382Saya tertarik dengan nombor “1957” di dinding masjid, tak de info pulak, nak tanya orang pun tak de orang…tahun kita merdeka kan ? misteri pulak…nanti kena buat research…

241120131384Ada beberapa kolah di sekitar masjid, cuma yang ini ada air dan dekat pula dengan masjid, yang lain agak terbiar…so kalau nak cari air kolah boleh ambil dari sini…insyaALLAH ada keberkatannya.

241120131376Masa nak balik baru terperasan ada mini muzium, yang ada cuma gambar-gambar berkaitan tok kenali dan waris-warisnya..Muhammad Yusuf bin Ahmad (1868-1933) lebih dikenali sebagai tok kenali..seorang ulama, guru agama, pemikir islam dan pencetus institusi pendidikan agama di nusantara. Antara tokoh yang memulakan majlis agama islam dan adat istiadat melayu kelantan (MAIK). Meninggal pada 19 november 1933, 40 tahun sebelum saya dilahirkan. Agak signifikan apabila pada tahun ini saya berumur 40 tahun, buat pertama kalinya dalam hidup ini saya menjejakkan kaki menziarahi masjid tok kenali. 1933—1973—2013, tok kenali meninggal dunia 40 tahun sebelum saya dilahirkan dan pada tahun ini, genap umur saya 40 tahun, barulah saya berkesempatan datang ke sini. Mungkin saya dijemput hadir ke sini setelah saya sakit dan ia sebagai hadiah daripada ALLAH s.w.t. agar saya lebih dekat dan mengingatiNYA. Saya tertarik dengan kata-kata hikmat tok kenali-“orang yang mulia itu ialah orang yang memuliakan ibu” “mengkaji sendiri adalah punca kemajuan dalam pembelajaran” ALLAHuaklambissawab..

 

Leave a comment »

Masjid Jame’ Bandaraya KL

051120131336

Salam.

Hari ni 1 muharram 1435H, bermulanya kalendar tahun baru dalam islam. Tapi kalau 31 disember, esoknya 1 januari, macam-macam sambutan new year atau tahun baru diadakan di serata dunia. Nama lain 1 muharram seperti awal murahham dan maal hijrah.

Sejarah tahun hijrah dalam islam ni bermula apabila rasulullah berhijrah dari mekah ke madinah.

Sempena tahun baru ni, saya tak ke mana-mana, ramai orang pergi holiday atau balik kampung. Dalam pukul 3.30 petang saya ke LRT untuk ke masjid jame’. Niat ziarah masjid jame’ sebab dalam bulan feb hari tu ia ditutup untuk renovation.

051120131333View dari stesen lrt masjid jame’

Antara 4 masjid yang ‘istimewa’ mengikut senarai masjid-masjid di malaya yang diceritakan oleh ustaz hanif 7 tahun lalu. Memang saya pernah merasai auranya pada ziarah saya ke sini beberapa tahun yang lepas.

051120131337

Melangkah masuk dari main gate masjid jame’, masih ada kesan-kesan renovation yang belum dibersihkan.

051120131342

Kat kanan dan kiri adalah ruangan tambahan masjid. Yang sebelah kanan untuk kaum lelaki. Ruang ni selalu jadi tempat orang/musafir berehat.

051120131341

Ini adalah bangunan utama masjid jame’. Kubah besar adalah tanda ruang utama masjid.

051120131343

Dari pintu utama untuk ke ruang solat utama. Hari ni sempat saya solat asar berjemaah di masjid jame’.

051120131346

Mimbar masjid jame’ dan tempat imam mengimamkan solat jemaah.

051120131345

Ini pula sudut sebelah kanan masjid, sais yang sama di sudut sebelah kiri cuma kat bahagian kiri ada partition untuk jemaah wanita.

051120131344

Lampu ni tak sure, yang baru diganti ke lampu yang lama. Tak boleh recall.

051120131340

Masa datang tadi terus cari kolah, rupanya ada dekat area tandas awam masjid yang baru direnovate. Tandas masjid bersih. Bila tengok sekeliling, view bangunan tinggi di sekeliling masjid jame’.

Ini pula kolah masjid jame’. Kolah ni memang open air punya. Macam tak siap lagi ni. Dulu dah ada kolah tapi tak ingat bentuk camne.

051120131339

Tak snap menara masjid tak sah. Bila masuk waktu solat 5 waktu, bunyi azan di tengah kotaraya kuala lumpur berkumandang dari menara ini.

051120131347

Inilah masjid yang asalnya dibina oleh pedagang islam yang berasal dari india pada suatu ketika dulu. Dibina semula oleh british pada tahun 1909 kerana dekat dengan pusat pentadbiran iaitu bangunan sultan abdul samad,  agar kakitangan beragama islam mudah menunaikan solat. Ia terletak di persimpangan sungai gombak dan sungai klang yang merupakan antara masjid tertua di KL. Dulu-dulu, orang ambil wuduk di sungai. Ada tangga untuk turun ke sungai. Masa tu air sungai bersih tak cam sekarang.

Masjid utama untuk solat jumaat di kuala lumpur sebelum masjid negara siap pada tahun 1967. Bercirikan senibina india utara, masjid jame’ cordoba di sepanyol serta gabungan senibina moor dan mughal.

Dengan kuasa ALLAH, kawasan paling strategik di kuala lumpur ini telah didirikan masjid dan british tak ubah pun lokasinya apabila dibina semula. Inilah tandanya bahawa sinar islam telah terpancar di bumi KL sejak dulu lagi. Kenapa lokasi masjid jame’ tidak dimiliki oleh kaum cina yang dikatakan telah mendominasikan aktiviti bijih timah di KL pada era tersebut? Hebatnya kuasa ALLAH, membuktikan tanah melayu diberkati kerana islam diletakkan pada tempat yang tinggi dan mulia. KL membangun kerana islam bukan kerana orang cina sibuk mendulang bijih timah. Jika ada kuasa lain yang cuba merampas dan menggugat kedaulatan islam, ketuanan raja dan orang melayu, mereka juga yang akan rugi.

051120131334

ALLAH makmurkan bumi melayu ini kerana raja-raja melayu diberkati ALLAH s.w.t, dan bangsa melayu yang taat kepada ALLAH dan rasulnya. Kita diberi pelbagai hasil bumi, bijih timah, emas, getah, kelapa sawit dan minyakyang tidak putus-putus sehingga bangsa lain dari tanah lain yang bukan islam datang dan menumpang kurniaan ALLAH itu di bumi ni. Malah ada yang tak sedar dek untung, diberi betis nak peha. Bumi berkat ini dilindngi ALLAH. JIka islam dinodai, dikhuatiri bala turun seperti tsunami pula. Minta dijauhkan. Ameen..

Leave a comment »

Masjid Nagore alor Setar

190820131276

Salam.

Ketika singgah makan di restoren pokok ceri, dekat hospital lama alor setar, ada tabung derma masjid nagore alor setar. Tabung masjid ini mesti diletakkan di kebanyakan restoren mamak sekitar alor setar.

Bila tanya wife, katanya itu masjid kaum mamak, dekat pejabat pos lama, bersebelahan balai polis kota star.

So, cubalah survey untuk tujuan ziarah….

190820131277

Kalau dilihat pada tembok masjid, ia dibina pada tahun 1881, kira-kira 132 tahun yang lalu. Rasanya, ia juga telah direnovate beberapa kali.

190820131274

Ruang bawah masjid pun tak luas sangat, sama luas dengan bahagian atas..

190820131275

Tangga untuk naik ke ruangan atas masjid..

190820131273

Saya cuba cari info pasal masjid ini di signboard. Hanya ada info pasal AJK masjid yang rata-ratanya dari golongan mamak di sekitar alor setar. Search di internet, blog artmelayu, radzi sapiee pernah singgah di satu binaan dikenali sebagai Nagore Dargha Sheriff di pulau pinang. Bangunan ini dikaitkan dengan seorang ulama bernama Shahul Hameed di Nagore, India. Mengikut tulisan radzi sapiee, Shahul Hameed yang hidup di India 500 tahun lalu dianggap sebagai seorang wali besar. Beliau adalah keturunan Sultanul Awliya Sheikh Abdul Qadir al-Jilani (hidup di Baghdad 900 tahun lalu).

Besar kemungkinan masjid nagore ada kaitan dengan beliau. Masjid ini pun bukanlah icon perlancongan negeri kedah, namun setiap rumah ALLAH ada berkatnya…ALLAH jua yang maha mengetahui…Ya Khobir…

wassalam.

190820131278

Leave a comment »