7 Syawal di UIA Gombak

Salam.

Dah masuk 7 syawal. Kami dah balik kl pun. Berkesempatan solat di masjid uia gombak kerana menghantar puteri masuk hostel.

4 tahun saya tak jejak kaki ke uia gombak sejak 2013. Kali terakhir saya ke sini sehari sebelum saya jatuh sakit dalam bulan jun 2013.

Jodoh saya dengan uia bertaut kembali apabila puteri pindah dari uia pj ke sini. Saya selalu solat jumaat di sini bersama rakan pernec  keramat satu ketika dulu”Good Old Days”, ambil program cica di law center, mengajar prt time di kict, tumpang study di bilik kosong masa buat master dulu dari tahun 2000-2002, walaupun buat master di uitm. Datang dengan mior & abe kelate.

Menuntut ilmu dengan dr ot pun di sini sebelum jatuh sakit.

Apa pun uia ni banyak jasanya….

Dapat solat jemaah insyak di saf pertama sebab students belum balik cuti lagi.

Alhamdulillah, dapat ziarah 3 masjid tsunami di banda aceh pada 7 ramadhan (baiturrahman, baiturrahim & rahmatullah), subuh di masjid zahir & sultanah alor setar. Solat jumaat di masjid rafeah alor setar. Jumaat pertama di bulan syawal dapat dilaksanakan di masjid ubudiah kuala kangsar ketika pulang ke kl dari utara pada 6 syawal yang lepas.

Rindu pula dengan bulan ramadhan. Suasana yang sungguh istimewa, bonus berganda & mega sales pahala dan rahmat Allah melimpah ruah…

Ya Allah, aku belum dijemput ke rumahmu di Mekkah Al Mukaromah…dan menziarahi makam kekasihmu di Madinah Al Munawarrah….

Orang kata bila sampai di pintu masjidil haram, air mata akan mengalir melihat baitullah iaitu kaabah….ameen

Advertisements

Leave a comment »

I have been to French Border

Salam Eid Mubarak.

Just to share my trip to French border last February from Geneva.

This is a write up about that border.

The closest bigger French town to Geneva is Annemasse, located only 4 kilometers east from Geneva, so it actually merges with Geneva city and borders are practically non-existent – its all the way the urban area with regular streets, shops and restaurants.


Many people working in Geneva live here and travel to Geneva daily.

For a Geneva visitor, Annemasse is a great place to get a day break, get a coffee and French lunch, do some shopping or be accommodated here.

Prices are about half of those in Geneva.


The easiest way to reach Annemasse is to take the tram number 12 to Moillesulaz (final stop) and cross the French border there by foot (Moillesulaz-Douane at street Rue de Geneve).

Leave a comment »

Terawih di Masjid UIA PJ


Salam.

Malam ni malam ke 27 ramadhan. Saya berkesempatan solat terawih di masjid kampus lama uia pj.

Kira-kira 23 tahun yang lalu, saya sempat singgah belajar di sini sebelum ke usa.

Kampus ini menjadi kenangan tempat saya transit dalam journey menuntut ilmu dalam hidup saya.

Ohh lupa pada 3 jun yang lepas ketika saya ziarah ke banda aceh, puteri sulong saya mula belajar di sini sebagai pelajar asasi sains kemanusiaan.

Asalnya dia nak sambung dalam bidang ekonomi tetapi ditawarkan bidang human science.

Alhamdulillah permohonan menukar program diluluskan. Malam ni kami datang bawa dia pulang dan minggu depan dia akan berpindah ke kampus uia gombak.

Saya ambil peluang solat terawih di sini kerana tak sure bila lagi nak datang ke sini.

Imam muda membaca surah ar rahman untuk 20 rakaatnya. Tapi cam biasalah selepas 8 rakaat tinggal 2 saf sahaja makmum.

Apa-apa pun uia adalah institusi pengajian yang sentiasa di hati saya bersama dengan uitm.

Leave a comment »

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?

Fa-biayyi alaa’i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

Di dalam surah Ar Rahman sebanyak 31 kali ayat ini diberulang..

“Dan Allah yang telah meninggikan langit serta telah Dia adakan Keseimbangan supaya kalian tidak melanggar Keseimbangan itu; maka tetapkan pengukuran secara adil; serta janganlah dirimu mengurangi Keseimbangan itu. Dan Dialah yang telah menghamparkan bumi untuk golongan makhluk; di sana terdapat buah-buah serta pepohonan kurma yang mempunyai kelopak mayang, serta biji-biji yang berkulit, serta bunga-bunga yang harum semerbak; maka manakah Karunia Tuhan yang kalian berdua bantah? (Ayat:7-13)”

Inilah ayat yang saya paling takut terutama ketika saya sakit dahulu. Ayat ini seolah-olah mengaudit diri kita yang sentiasa lalai dan melakukan kesalahan. Yang paling saya takut ialah jika tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur..

Ketika melawat Interlaken swiss beberapa bulan yang lalu, saudara zubir, pemandu pelancong kami berbisik kepada saya. “Bro, tengok tempat ni. Allah bagi kita peluang melawat tempat macam ni supaya kita berfikir. Inilah syurga bagi orang kafir. Allah sangat adil, syurga dunia untuk mereka, neraka buat kita. Tapi di sana adalah syurga buat kita”

Tempatnya sungguh lara dan mengasyikkan. Tidak sedar waktu berlalu kalau tak tengok jam dan rasa macam nak duduk kat sini sampai bila-bila.

Amboi seronoknya bersantai, udaranya nyaman dan segar. Permandangan yang indah tak jemu mata memandang. Apa lagi nak ? Tapi bila teringat dengan ayat ni “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”, maka sedarlah saya, banyak sangat nikmat yang telah saya dapat, selalunya terlupa nak bersyukur, saya lahir sebagai seorang Islam, ibubapa saya semasa masih hidup telah menyediakan segalanya untuk saya, adik-beradik yang sentiasa support apa yang saya buat, isteri tercinta yang tidak jemu dengan karenah saya serta sentiasa bersabar dengan saya, anak-anak yang baik dan dengar kata, sahabat yang sentiasa bertanya khabar, ilmu yang melimpah ruah, rezeki yang tidak putus, tidak pernah saya tidak makan dan berlapar.

Ya Allah maafkan hambamu yang lalai ini, jarang bersyukur, tau nak komplen saja padahal semua benda yang dipinta, insyaAllah akan dapat, kalau tak cepat akan dapat juga.

Aku hanya mampu meminta ampun darimu ya Allah di malam bulan  ramadhan mu ini…namun aku ingin memohon agar urusan Phd aku dan isteri dapat dilunaskan. Aku ingin berbakti di jalanmu ya Allah. Ameen.

Leave a comment »

Kuih Qasidah

Salam Ramadhan Al Mubarak.
Petang tadi request kat wife nak kuih qasidah. Teringat semasa menyambut awal ramadhan di kota star, ibu mertua menyediakan kuih klasik negeri kedah.

Semasa berbuka, air mata mengalir perlahan dan disedari oleh ahli keluarga tanpa saya ada jawapannya.

Saya minta puteri kedua ambil ipad untuk saya rungkaikan momen istimewa tadi kerana saya mendapat bayangan ini menu istimewa nenek moyang berbuka puasa di zaman mereka dahulu.

Lalu saya taip di google “kuih qasidah diraja kedah”. Dalam satu entri bertulis “kuih qasidah diperkenalkan oleh orang keturunan arab di kedah”.

Alhamdulillah, itu sebab lah perasaan sayu tetiba datang, ada kena dengan lokasi saya berbuka puasa di aceh minggu lepas. Correlation yang masuk akal bagi saya.

Bulan ramadhan ini bulan istimewa, roh-roh orang yang mulia dibenarkan menziarahi mereka yang dikehendaki.

Berbalik kepada makna Qasidah, saya google juga dan maksudnya ialah puji pujian kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk syair.

Jadi kuih qasidah adalah kuih puji pujianlah secantik bentuknya, lembut fiturnya, manis & lemak enak rasanya dan warna putih sesuci Rasul kita. Bawang goreng sebagai pelazatnya.

Saya mula menyukai kuih qasidah ini.

Leave a comment »

Ramadhan di bumi acheh@samudera pasai

Salam.

2 Jun bersamaan 7 ramadhan, saya dan dua adik lelaki saya tiba di bandara sultan iskandar muda, banda aceh dengan pesawat AA.


Syukur, Allah makbulkan doa kami nak ke sini. Tanah nenek moyang kami juga sebenarnya.

Pesawat tiba jam 8.40  tapi waktu indonesia barat (wib), lewat sejam.

Urusan cop paspot berjalan lancar. Kat luar gate ketibaan ada macam satu sambutan. Rupanya kat paper pagi ni, first page. Nelayan acheh hanyut sampai ke thailand pulang ke acheh sama flight dengan kami dari kl.

Ramai pak supir datang nak beri khidmat taxi. Dalam ramai-ramai tu ada pak akbar, menawarkan tarif taxi RP500,000 (RM162) untuk naik avanzanya ke mana aja. Dah bunyi slang indon plak. Tukaran matawang semalam RP1 juta = RM324.

Adik bongsu saya nak tengok bot nelayan atas rumah orang. Seingat saya kat gampong lampulo. Kalau google taip je wisata tsunami boat atas rumah. Keluarlah tu.


Ada senarai 800 + nama penduduk yang meninggal akibat tsunami 2004. Ada dua tiga penduduk datang macam nak jadi storyteller. Adik saya sempat beli buku dari embah di situ, membeli sambil menderma.

Destinasi seterusnya dalam list ziarah ke banda acheh adalah muzium tsunami.


Miniature keadaan rumah selepas tsunami.


Miniature bayangan tingginya ombak di tepi pantai yang menelan penduduk.

Model skala banda acheh menjadi padang jarak padang terkukur selepas tsunami berbanding sebelum kejadian.


Banyak naskah al quran rosak akibat tsunami.


Dalam senarai ada 5 masjid yang terselamat tapi 3 je yang dekat. Dua lagi kena travel 2-3 jam baru sampai so singgah yang reachable seperti masjid raya baiturrahman, baiturrahim, dan rahmatullah. Masjid kuede teunom 68 km dari banda acheh dan masjid al ikhlas di lhoknga.

Sambil tunggu nak cek in hotel pukul 12, kami melawat masjid baiturrahim di ule le. Masjid di ule le tinggalan raja acheh abad ke 17 dulu. Kami tak eja ule le  ikut tulisan acheh sebab pak supir kata bunyinya gitu.


Masjid ni dekat dengan pantai dan jeti ke pulau weh @ sabang.


Sayup-sayup pulau weh tapi orang acheh sebut sabang.


Kami nak ke hotel, mandi dan solat jumaat di masjid raya baiturrahman.


Waktu jumaat jam 12.39, kami sampai jam 12.20, dah penuh orang kat luar.


Macam kat madinah pula rasanya solat jumaat dengan bersejadahkan lantai marmar putih di bawah payung gergasi yang baru dipasang. Masjid penuh sesak dengan jemaah.


Lepas solat jumaat adik saya nak tengok kapal janakuasa letrik bernama PLTD Apung 1 seberat 2600 ton yang hanyut dari jeti dan mendarat kat desa punge, blancut.


Panjang juga la kapal ni.


Ada monumen sebagai rekod waktu kejadian tersebut.

Time ni memang dah tak larat, nak naik ke atas dan masuk ke dalam kapal.


Masjid ketiga dalam senarai masjid tsunami ialah masjid rahmatullah di lampuuk.

Seterusnya ialah kubah masjid hanyut di gampong guroh. Saya dan adik sempat tawaf 7 kali sambil berzikir di keliling kubah.


Ada madrasah kecik di tepi kubah.


Teringat nak ziarah makam syiah kuala, atau sheikh abdurrauf bin ali al fansuri, ulama ketika pemerintahan 4 ratu acheh. Sori photo shoot makam enggak dibenar ye.


Sampai kat sini dah masuk waktu asar. Adik saya berjemah di surau di kawasan makam. Ada wakaf dan beberapa bangunan. Mengikut kata pak akbar, hari rabu ada jamuan bila “potong kambing” orang bayar nazar.


Dua jam lagi nak berbuka. Nak balik hotel, mandi dan ke kedai makan dekat masjid baiturrahman untuk berbuka serta solat terawih. Sebelum tu pak akbar singgah pasar juadah sebab adik saya request nak cari kuih acheh.

Kami book hotel sei, 1.6 KM dari masjid. Agak jauh dari pusat bandar tapi hotel berdekatan fully booked. Ada lawatan kerajaan melaka katanya.

Lepas solat kami menapak ke hotel, exercise dan singgah minum kopi, dll.


Akibat full power digunakan semasa hari pertama, hari kedua adik saya fully charged. Pukul 2 petang baru ke pasar aceh untuk cari apa yang patut. Balik hotel kami naik labi-labi dengan bayaran RP20,000. Sebelum tu tanya boleh naik 2 orang pak ? 3 pun boleh bonceng di belakang. Bila tengok kami 3 orang badan sado  tersenggih dia. Tapi motor dia jalan dengan gear 2 je dari pasar aceh ke hotel.

Suruh pakcik tunggu jap, kami mandi dan ke warkop hendra-hendri untuk berbuka. Kali ni makan bakso. MasyaAllah ada makam sultan acheh, sultan jamalul alam badrul munir, yang berketurunan arab, di kawasan ini.

Terbuka satu kunci susur galur keluarga. Patutlah macam berat je nak ke makam sultan iskandar muda mahkota alam. Rupanya, lineagenya dari sini ye. Syukur, pertunjuknya diberi di bulan yang mulia ini. Jauh kami datang mencari. Adik-adik seronok merasai juadah berbuka hari ini manakala saya tersenyum penuh syukur. Yang highlight pasal petunjuk ialah adik bongsu saya, macam pas baton, info diserahkan, urusan menjejak dan menghurai ialah saya.

Kami skip lawatan ke taman sejarah gunongan, muzium aceh, monumen kapal terbang pertama aceh dan rumah cut nyak dhien (tutup hari jumaat), mungkin next time lah. Sebenarnya 2 hari full memang cukup untuk ziarah banda aceh.

Kalau first time datang, biar datang hari jumaat.  Hari pertama bila sampai dari airport boleh ziarah:

1- bot atas rumah di lampulo then terus ke

2- makam syiah kuala, sebab satu jalan.

3-muzium tsunami (dalam sejam habislah)

4-muzium aceh

5-masjid baiturrahim di ule le, sambil usha pulau weh dari jauh

balik ke hotel cek in dan simpan barang

6-Solat jumaat di masjid baiturrahman

7-ke kapal apung

8-ke masjid rahmatullah di lampuuk

9-rumah pahlawan wanita cut nyak dhien (kena cek waktu buka)

10-kubah masjid di kampung guruh

Kami ziarah time bulan ramadhan, masa lunch skip tapi dahaga jugalah..

Pak akbar kata masa bulan ramadhan waktu malam meriah, kalau bulan biasa sepi lah banda aceh ni. betul juga.

Malam terakhir dapat terawih di sini. Hati terasa sayu, berdoa sebanyak mungkin, niat nak datang lagi ke bumi ini.

Selepas solat subuh di masjid al anshar kp. mulia berdekatan hotel, pak akbar menunggu kami seawal jam 5.40 pagi untuk menghantar kami ke bandara. Saya sempat berikan buah tangan jus mangga kepada pak supir itu.

Kami pasti kembali….

 

Leave a comment »

Daulat Tuanku

Salam. Pada 24 April yang lalu Sultan Muhammad ke V ditabal menjadi SPB Yang Dipertuan Agong ke 15.

Ia mengulangi detik sejarah 42 tahun yang lalu apabila nenda tuanku iaitu Sultan Yahya Petra menjadi SPB Agong yang ke 6. Pada ketika itu Tuanku Sultan Muhammad ke V baru berusia 6 tahun.

Patik berasa sungguh bangga kerana pernah bersekolah dengan tuanku selama dua tahun dari tahun 1980-1981.

Patik sekeluarga menjunjung kasih dan taat setia kepada tuanku.

Semoga berkat dan daulat tuanku melimpah ke bumi Malaysia, InsyaALLAH.

Leave a comment »