Salam.
Semasa arwah ayah sakit dulu, pernah saya mengambil air kolah daripada 7 buah masjid untuk ikhtiar rawatan dengan izin ALLAH. Baru-baru ini keluarga sebelah adik ipar saya mendapatkan rawatan islam untuk ikhtiar bagi menyelesaikan masalah mereka. Air kolah daripada 7 buah masjid menjadi bahan yang diperlukan untuk proses rawatan susulan selain daun pokok bidara, limau nipis dan limau purut.
Saya pernah ke masjid kg hulu di melaka untuk mendapatkan air kolah untuk ibu saya yang tidak berapa sihat. Masjid kg hulu antara tumpuan orang untuk tujuan ikhtiar dengan izin ALLAH melibatkan penggunaan air kolah masjid tersebut. Rakan blogger juga pernah highlight air kolah masjid rasah di seremban sebagai alternatif selain air kolah masjid kg hulu.
Anyway, bukan semua orang ada kederat dan kesanggupan nak ke sana semata-mata untuk mengambil air kolah masjid. Saya pun pernah pergi ambil air di 7 kuala sungai…hui yang ni memang mencabar…kecut perut saya bila ingatkan saat nak ambil air kat kuala sungai…bukan mudah….10 kolah masjid pun saya rela daripada kene ke kuala sungai…
Bila saya search, ada perawat yang tolong listkan masjid-masjid di sekitar KL dan selangor yang ada kolah..
Saya just nak share lokasi masjid yang kita boleh pergi dan mudah nak parking di sekitar kuala lumpur. Kalau nak list semua masjid memang banyak cuma jarak agak jauh dari satu masjid ke masjid yang lain dan kita kena lah spend masa sikit untuk beribadat di setiap masjid yang kita ziarah dengan niat apa air kolah diambil. Macam seorang perawat kata, nak ambil air kolah pun janganlah sampai je kat masjid isi air dalam botol, then blah….cam tu cepat ler…setengah jam pun settle..
Bila sampai di masjid, cari kolah, selepas berwuduk, baca fatihah dan sambil penuhkan air dalam bekas air tu selawatlah. Niat ambil air untuk tujuan apa. Bawa air ke dalam masjid then kalau boleh spend time untuk solat tahiyatul masjid, solat hajat dan sedekah kat masjid sebagai bayaran kita dah ambil air masjid. Yang penting niat.
Masa saya survey, kat masjid bukit indah tmn kosas, seorang brother kata masjid ini akan dibina kolahnya, lani belum ada. Dia siap cerita solat 2 rakaat sebelum solat jumaat pun ada rahsia perubatan di dalamnya. Tambah beliau, nabi muhammad s.a.w just bagi tips sikit je, kitalah kena cari, kaji dan amalkan…dapat satu ilmu hari ni…syukur..
Kalau kat area KL boleh start di:
Area keramat, setiawangsa, ulu klang, tmn melati & Kg Pandan
1) masjid khalid al-walid, padang tembak, KL (mindef). Coordinate: 3.171947,101.726473
2) masjid al-akram, dato’ keramat, KL (dekat pasar keramat). Coordinate: 3.166291,101.729364
3) masjid al-ansar, taman seri keramat, KL (dalam tmn seri keramat, jalan enggang).
Coordinate: 3.16989,101.743934
4) masjid muaz bin jabal, setiawangsa, KL. Coordinate: 3.178888,101.738055
5) masjid as-sobirin, lembah keramat au5c, KL (dekat giant tmn permata).
Coordinate: 3.202819,101.753021
6) masjid al-ridhuan, hulu klang, KL (dekat kg pasir). Coordinate: 3.197035,101.76168
7) masjid salahuddin al-ayyubi, taman melati, KL. (dekat LRT taman melati).
Coordinate: 3.222562,101.720159
8) masjid ar-rahimah kg pandan luar, KL. (dekat tesco ampang).
Coordinate: 3.144608,101.737701
9) masjid nurul hidayah kg pandan dalam, KL.
Coordinate: 3.144973,101.748011
Area ampang & hulu langat batu 14,16
1) masjid jame’ jamil-huda, kg melayu ampang (dekat LRT ampang).
Coordinate: 3.15245,101.761143
2) masjid fatimah al-zahrah, tmn kosas ampang (dekat smk tmn kosas).
Coordinate: 3.148577,101.771507
3) masjid taman kosas, ampang. Coordinate: 3.145915,101.774297
4) masjid al-aman lembah jaya selatan, ampang. (jalan taman rimba ampang bukit belacan). Coordinate: 3.138877,101.787289
5) masjid al-azim pandan indah, ampang. (dekat bangunan maxisegar)
Coordinate: 3.133039,101.756101
6) masjid al-ubudiah, tasek tambahan, ampang.
Coordinate: 3.124393,101.771443
7) masjid nurussa’adah, jln kuari, kg cheras baru.
Coordinate: 3.10947,101.753526
8) masjid al-muttaqin batu 16 1/2 dusun tua, hulu langat
9) masjid sultan hisamuddin alam shah, pekan batu 14, hulu langat
Kalau rajin nak redah kl sila ke:
1) masjid jame’ kg baru, KL
2) masjid jame’ bandaraya, KL (sebelah LRT masjid jamek)
3) masjid jame’ alam shah, jalan pasar, KL
4) masjid ar-rahman UM, lembah pantai
Kelana Jaya
1) masjid al-hidayah
2) masjid kompleks tabung haji
Saya akan update untuk negeri lain dari masa ke masa.
Kota Bharu, Kelantan Darul Naim
1) masjid dusun raja (jemaah tabligh)
2) masjid kg cempaka, rambutan rendang
3) masjid al-ahmadi, kg cherang
4) masjid taman uda murni
5) masjid mukim teluk kitam, kemumin
6) masjid sultan ismail petra, banggol
7) masjid tok kenali, kubang kerian
8) masjid kg laut, pusat pengajian islam UM nilam puri
9) masjid kedai mulong
10) masjid muhammadi
Alor Setar, Kedah Darulaman
1) masjid rafeah, taman uda
2) masjid sultanah bahiyah, jalan sultanah
3) masjid al-rahman, taman wira mergong
4) masjid al-kausar, titi baru kepala batas
5) masjid pantai johor
6) masjid tuan hussein titi gajah
7) masjid alor merah
8) masjid Jamek As-Shahab, Kepala Batas
Perak Darul Ridzuan
1) masjid sultan idris shah II, ipoh
2) masjid muhibbuddin shah, ipoh
3) masjid cina tasek jaya ipoh
4) masjid india muslim ipoh
5) masjid saidina umar ibni al-khattab, kariah batu 4, tambun, ipoh
6) masjid an-nur batu 8, tanjung rambutan, ipoh
7) masjid ahmadiah kampung kepayang, ipoh
8) masjid al-ansar, bandar meru jaya, ipoh
9) masjid abdul rahman auf, tmn rapat koperasi , ipoh
10) masjid daerah tapah
11) masjid rizwaniah kuala kangsar
12) masjid jamek al-marbawi, kg paya, kuala kangsar
13) masjid ihsaniah iskandariah, kg kuala dal kuala kangsar
14) masjid daerah taiping
15) masjid melayu (masjid kota lama) taiping
16) masjid al-Ikhwaniah simpang, taiping
17) masjid al-islah pengkalan aur, simpang, taiping
18) masjid jamek bukit gantang, changkat jering
19) masjid as-saadah kampung bahagia, teluk intan
20) masjid daerah sultan idris II, jalan sekolah, teluk intan
21) masjid melayu, jalan selat, teluk intan
22) masjid india muslim, Teluk Intan
23) masjid jamek kampung batak rabit, teluk intan
24) masjid at-taqwa, jalan padang tembak, teluk Intan
Melaka
2) masjid kg keling
4) masjid peringgit (dekat masjid al-azim-masjid negeri)
5) masjid al-hamideen, KM 1 bukit cina
6) masjid kariah alai, KM 7.6 kg alai
7) masjid imam ghazali, kg bakar batu, bachang
8) masjid al-abrar, KM 4.8 semabok
9) masjid tanah, pekan masjid tanah
10) masjid tanjung kling
Negeri Sembilan
1-masjid jamek rasah
2-masjid kariah pantai
3-masjid kg parit, k.pilah
4-masjid india k.pilah
Johor Darul Ta’azim
1. masjid al mizan kempas baru, JB
2. masjid taman tampoi indah, JB
3. masjid kampung melayu majidee, JB
4. masjid al-muttaqin taman sutera, JB
5. masjid taman air biru, pasir gudang
6. masjid jamek kg air manis, kulai
7. masjid putih taman impian mas, skudai
8. masjid al-‘syifa bandar penawar, kota tinggi