Posts tagged istanbul aku singgah 2017

Kota Heraklius@Constantinople@Islambol@Istambol

Salam,

Segala puji bagi ALLAH s.w.t kerana memakbulkan doa dan impian hambanya.

Impian ke negara turki dan khususnya istanbul telah lama saya impikan. Dapat transit pun jadilah. Dengan kuasa ALLAH, perjalanan pulang dari geneva ke istanbul terganggu kerana terlewat sampai. Terlepas connecting flight dan terpaksa menunggu penerbangan gantian selama 13 jam lagi.

Rakan rombongan terus buat plan untuk jalan-jalan di istanbul. Alhamdullillah. Dapatlah saya melawat dan solat di surau di bangunan Hagia Sophia@Aya Sophia. Terujanya saya sejak membaca novel ni.

https://dusunraja.wordpress.com/2012/11/28/sultan-muhammad-al-fateh/

Walaupun tak sempat nak masuk kerana masa yang terhad, bayaran 40 uero serta Q yang panjang, niat saya akan datang dan masuk dengan isteri tercinta suatu masa nanti. Semoga ALLAH makbulkan doa ini.

Boleh bayangkan Aya Sophia ini dibina pada tahun 537, adalah sebuah gereja ortodok kristian sehingga tahun 1453. Selama 916 tahun adalah tempat ibadat orang kristian sehinggalah ia jatuh ke tangan Sultan Muhammad Al-Fateh. Ia menjadi masjid sehinggalah pada tahun 1931 dan dijadikan sebuah muzium. Selama 478 tahun ia menjadi tempat umat islam beribadat.

Teringat kata-kata Nabi kita tentang kota ini, hanya yang terbaik akan menaklukinya. Rom timur jatuh pada tahun 1453 dan Rom barat iaitu rome di italy juga akan jatuh suatu hari nanti.


Istana koptapi pun tak sempat nak masuk. Banyak muzium kat area ni tapi cam biasalah masa tak cukupkan.

 


Dapat singgah kat kawasan warisan dunia ni pun dah rasa amat bersyukur. Dapat ilmu, solat di bangunan aya sophia dan solat di masjid biru juga.

Leave a comment »

Istanbul Aku Singgah

Salam.

Trip saya dari changi airport singapore transit di istanbul. Tiba di attartuk Airport pukul 6 pagi. Dapatlah saya solat subuh di airport. 12 jam juga lah dalam flight.


Setelah melalui pemeriksaan imigresen yang panjang bergegas solat subuh then ke gate 255 untuk ke munich germany flight pukul 8.10 pagi. Rushing la juga.


Sempat survey coklat dan beginilah keadaannya istanbul aku singgah jap. InsyaAllah ada rezeki nak datang istanbul.

Leave a comment »