Posts tagged pengajar latihan

Buku Rujukan Sebagai Trainer

Salam.

Saya mula terjebak dalam bidang latihan ketika masih belajar di itm lagi. Saya pernah menjadi jawatankuasa perwakilan pelajar atau JPP di itm dulu. Saya memegang potfolio pendidikan. Saya yang dulunya malu untuk bercakap kini suka bercakap.

Ketika di amerika saya bekerja di hotel. Selalu melatih pekerja baru dalam bidang housekeeeping. Balik malaysia, saya ditawarkan kerja di unit pembangunan dan latihan di jabatan sumber manusia. Bila rakan sekerja cuti bersalin, saya mengendalikan program orientasi pekerja baru yang mana saya juga menjadi peserta. Lawak kan, saya yang organize dan saya juga adalah peserta.

Sejak lebih 26 tahun saya sering terlibat dengan bidang latihan, mengajar di universiti seperti UIA, Open universiti, universiti tun abdul razak, dll. Juga dijemput oleh universiti malaysia kelantan untuk ceramah. Saya telah melalui journey yang jauh sebagai trainer.

Cuma saya tak mengajar kanak-kanak tadika, sekolah rendah dan menengah. Saya lebih terlibat dengan golongan lepasan spm, pelajar praktikal, pekerja korporat sahaja. Sekarang pun masih mengajar lah ye…

Jadi book review pada kali ini, adalah buku tulisan azhari karim, otai dalam bidang latihan. Saya ada banyak buku pasal training tapi buku ini saya baru beli semasa pesta buku kl 2017 yang lalu. Buku ini pun terbitan tahun 2008 oleh USM. Tapi untuk sesiapa nak dapat idea bolehlah guna. Saya juga telah mengikuti banyak program latihan sebelum ini dengan Certificate IV in Training and Assessment (TAE10 australia), irshad consulting, SMR training resources, program latihan SLDN jabatan pembangunan kemahiran (JPK), train the trainer anjuran HRDF yang dikendalikan oleh IRS training dan banyak jugak talk serta seminar yang telah saya ikuti. Ia menjadi sumber ilmu buat saya sebagai trainerlah…saya bukanlah trainer yang keluar tv3, astro, dll. Cuma saya bersyukur dapat berkongsi ilmu Allah dengan ramai orang.

Buku Training Guide for Trainers ada 7 chapters seperti:

1- Overcoming the most difficult part of training

2- Training indoors or outdoors

3-Evaluation of training

4-Promoting training

5-Setting down to training

6-Application of pattern interruptions

7-Secrets of a successful ending

Kata aluan daripada Dr. Tarcicius Chin, bekas ceo malaysian institute of management juga sangat bagus pasal 3 basic ingredients yang menyumbang kepada pedagogy. Lagipun 68 mukasurat je untuk bacaan santai. Harga RM14.

Yang ini pun saya beli lama dah cuma jarang buat rujukan. Saya beli pada tahun 2011. Buku tulisan Chek Mat terbitan utusan publications bernilai RM20.80. Buku ini ada contoh 16 modul latihan. Boleh pinjam kalau nak buat latihan.

Koleksi terbaru saya termasuk buku ini. Ini buku baru terbitan tahun 2017.

Buku ini tentang mental training untuk ahli sukan dari sarawak. Ada 8 chapters seperti:

1-Introduction to peak performance

2-Self-awareness

3-goal setting

4-Controlling arousal

5-Relation

6-Imagery

7-Self-confidence

8-Self-talk

Buku ini pula buku lama saya…cuma yang ini edisi jimat, saya punya cetakan lama.

Leave a comment »