Posts tagged qasidah kedah klasik

Kuih Qasidah

Salam Ramadhan Al Mubarak.
Petang tadi request kat wife nak kuih qasidah. Teringat semasa menyambut awal ramadhan di kota star, ibu mertua menyediakan kuih klasik negeri kedah.

Semasa berbuka, air mata mengalir perlahan dan disedari oleh ahli keluarga tanpa saya ada jawapannya.

Saya minta puteri kedua ambil ipad untuk saya rungkaikan momen istimewa tadi kerana saya mendapat bayangan ini menu istimewa nenek moyang berbuka puasa di zaman mereka dahulu.

Lalu saya taip di google “kuih qasidah diraja kedah”. Dalam satu entri bertulis “kuih qasidah diperkenalkan oleh orang keturunan arab di kedah”.

Alhamdulillah, itu sebab lah perasaan sayu tetiba datang, ada kena dengan lokasi saya berbuka puasa di aceh minggu lepas. Correlation yang masuk akal bagi saya.

Bulan ramadhan ini bulan istimewa, roh-roh orang yang mulia dibenarkan menziarahi mereka yang dikehendaki.

Berbalik kepada makna Qasidah, saya google juga dan maksudnya ialah puji pujian kepada Rasulullah s.a.w dalam bentuk syair.

Jadi kuih qasidah adalah kuih puji pujianlah secantik bentuknya, lembut fiturnya, manis & lemak enak rasanya dan warna putih sesuci Rasul kita. Bawang goreng sebagai pelazatnya.

Saya mula menyukai kuih qasidah ini.

Advertisements

Leave a comment »