Archive for April, 2020

Amalan Mencegah Covid 19

Salam.

Sahabat saya, seorang jemaah tabliq berkongsi:

Maulana telah mulakan amalan ini dengan selawat 3x

1. Surah Al Fatihah 3x

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِ ﴿١﴾ اَلۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعٰلَمِيۡنَۙ‏ ﴿٢﴾ الرَّحۡمٰنِ الرَّحِيۡمِۙ‏ ﴿٣﴾ مٰلِكِ يَوۡمِ الدِّيۡنِؕ‏ ﴿٤﴾ اِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَاِيَّاكَ نَسۡتَعِيۡنُؕ‏ ﴿٥﴾ اِهۡدِنَا الصِّرَاطَ الۡمُسۡتَقِيۡمَۙ‏ ﴿٦﴾ صِرَاطَ الَّذِيۡنَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ الۡمَغۡضُوۡبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا الضَّآلِّيۡن ﴿٧﴾

2. Surah Al Ikhlas 3x

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ [١] اللَّهُ الصَّمَدُ [٢] لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ [٣]وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُواً أَحَدٌ[٤]

3. Dan Zikir 313x

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

Dan Maulana telah tutupkan amalan ini dengan selawat 3x

Lalu ditiupkan ke dalam air, dan terus minum.

Leave a comment »

Kisah Sheikh Abdul Kadir Al-Jilani dan Paderi

Pada zaman khalifah Abbasiyah, ada seorang paderi yang sangat disayangi oleh khalifah. Paderi itu mempunyai ilmu yang luas dan mempercayai islam kecuali logik akalnya sukar menerima kejadian Israq dan Mikraj. Baginya ia tidak masul akal dan ia menjadi penghalang dia memeluk islam. Puas khalifah memujuk, berdakwah kepada paderi tersebut. “Saya tidak percaya perjalanan Muhammad dari Mekah ke Jurusalem nak naik ke langit tertinggi bertemu Tuhan dalam hanya satu malam”.

Pada suatu hari khalifah menjemput Sheikh Abdul Kadir Al-Jilani datang ke istana. Tiba di Istana, khalifah bersama paderi tersebut sedang bermain catur. Paderi mengangkat mukanya dan memandang Sheikh Abdul Kadir. Mata bertentang mata dan mata paderi berkelip dua kali.

Apabila paderi membuka mata, dia sedang lemas dalam sebatang sungai sambil menjerit meminta tolong. Seorang gembala muda terjun dan berjaya menyelamatkan paderi tersebut.

Alangkah terkejutnya paderi tersebut kerana dia tidak berpakaian dan lebih terkejut dirinya adalah budak perempuan. Gembala muda bertanya budak perempuan berasal mana dan jawapannya dari Baghdad. Gembala kata jarak dari sungai ke Baghdad mengambil masa berbulan lamanya. Gadis itu dijaga oleh gemala dan akhirnya mereka berkahwin serta dikurniakan 3 orang anak.

Suatu hari ketika sedang membasuh pakaian di sungai yang sama ketika gadis itu muncul beberapa tahun lalu, dia tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Apabila membuka mata, paderi berada bersama khalifah dan masih memandang kepada Sheikh Abdul Kadir. Saya bermimpi khalifah. Tuan ingin berjumpa dengan keluarga Tuan? Sheikh Abdul Kadir mengajak paderi ke pintu istana dan meminta paderi membuka pintu. Sebaik pintu dibuka, di hadapan paderi adalah gembala dan tiga orang anaknya.

Paderi dan para pengikutnya memeluk islam selepas peristiwa itu.

Leave a comment »

Kaum yang pupus

Al-Quran dengan jelas menerangkan tentang kaum-kaum terdahulu yang pupus kerana derhaka, ingkar dan melampaui batas terhadap penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Kita sedia maklum tentang kaum-kaum yang dipupuskan kerana kesalahan masing-masing seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, Kaum Ad & Uber, Kaum Thamud, Kaum Saba, tentera firaun, tentera abrahah dan ramai lagi.

Kajian arkeologi di bandar moden Naples, Italy turut membongkar misteri kehilangan bandar pompeii yang hebat pada era empayar rom dan cara hidup masyarakatnya sebelum ia musnah pada tahun 79 Masihi akibat lava gunung berapi. Kemusnahannya bersebab. Pompeii adalah pusat aktiviti pelacuran, budaya seks bebas secara meluas di kalangan remaja, dan mengiktiraf hubungan kaum sejenis. Ia merupakan norma kehidupan masyarakat pompeii pada zaman tersebut.

Tiada satu jiwa pun di pompeii yang terselamat seolah-olah mereka tidak sedar bahawa bencana alam menimpa mereka. Mereka seperti dibekukan di bawah lapisan lava. Setelah penggalian dilakukan, penemuan seperti satu keluarga sedang makan bersama telah menjadi batu dalam sekelip mata. Banyak pasangan yang sedang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Bersama mereka ditemui pasangan-pasangan sejenis dan pasangan-pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Bagaimana bencana ini menimpa beribu-ribu manusia dalam sekelip mata? Kehancuran tiba-tiba “penghuni-penghuni bandar” dijelaskan di dalam ayat ke 29 Surah Yasin yang bermaksud “Tidak ada siksaan ke atas mereka melainkan satu teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati”.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bencana yang menimpa kaum terdahulu.

Leave a comment »