Kaum yang pupus

Al-Quran dengan jelas menerangkan tentang kaum-kaum terdahulu yang pupus kerana derhaka, ingkar dan melampaui batas terhadap penciptanya iaitu Allah s.w.t.

Kita sedia maklum tentang kaum-kaum yang dipupuskan kerana kesalahan masing-masing seperti kaum Nabi Nuh, kaum Nabi Lut, Kaum Ad & Uber, Kaum Thamud, Kaum Saba, tentera firaun, tentera abrahah dan ramai lagi.

Kajian arkeologi di bandar moden Naples, Italy turut membongkar misteri kehilangan bandar pompeii yang hebat pada era empayar rom dan cara hidup masyarakatnya sebelum ia musnah pada tahun 79 Masihi akibat lava gunung berapi. Kemusnahannya bersebab. Pompeii adalah pusat aktiviti pelacuran, budaya seks bebas secara meluas di kalangan remaja, dan mengiktiraf hubungan kaum sejenis. Ia merupakan norma kehidupan masyarakat pompeii pada zaman tersebut.

Tiada satu jiwa pun di pompeii yang terselamat seolah-olah mereka tidak sedar bahawa bencana alam menimpa mereka. Mereka seperti dibekukan di bawah lapisan lava. Setelah penggalian dilakukan, penemuan seperti satu keluarga sedang makan bersama telah menjadi batu dalam sekelip mata. Banyak pasangan yang sedang melakukan aktiviti seksual ditemui menjadi batu. Bersama mereka ditemui pasangan-pasangan sejenis dan pasangan-pasangan kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Bagaimana bencana ini menimpa beribu-ribu manusia dalam sekelip mata? Kehancuran tiba-tiba “penghuni-penghuni bandar” dijelaskan di dalam ayat ke 29 Surah Yasin yang bermaksud “Tidak ada siksaan ke atas mereka melainkan satu teriakan saja, maka tiba-tiba mereka semuanya mati”.

Semoga Allah s.w.t melindungi kita semua daripada bencana yang menimpa kaum terdahulu.

Leave a comment