Posts tagged rawatan islam di sekolah

Anak Meragam Tak Mahu Ke Sekolah

Salam.

Anak bongsu saya, lelaki, tahun ni masuk darjah satu. First week pergi sekolah OK. Masuk minggu kedua mula banjir bila nak masuk sekolah. Guru kelas pujuk, boleh masuk kelas. Then dalam kelas cikgu kata OK. Siap jadi ketua kelas lagi.

Masuk bulan februari, ragamnya dah agak kritikal. Sampai je ke sekolah tak mahu keluar dari kereta. Cikgu pun dah tak larat nak ligan..so next week tu cuti seminggu sempena cuti tahun baru cina. Cikgu kata boleh berubat atau ikhtiar masa cuti raya cina nanti. hum..

Ada parents siap bagi no phone beberapa individu dan ustaz yang boleh ikhtiar untuk pulihkan dia..Anak-anak mereka pun pernah jadi jugak. So saya mula dengan seorang pakcik jaga sebuah masjid. Dia buatkan air minum dan mandi..tak mahu jugak pergi sekolah..tak pe kita ikhtiar dengan izin ALLAH..

p.s- saya dan isteri kekadang blow jugaklah…gagal juga mengawal emosi…then kami decide, kita sebagai parents cuba kawal emosi bila menghadapi situasi ni..

Masa cuti raya cina, saya bawa dia ke tujuh masjid dan mandikan dengan air kolah masjid sebagai ikhtiar..belum berjaya untuk buat dia ke sekolah..

Lepas raya cina, pun tak nak jugak masuk ke sekolah. Dari pintu D, kami cuba masuk ikut pintu utama sebab sekolah ni ada beberapa pintu untuk ke blok berdekatan dan pelajar dipecah mengikut blok untuk perhimpunan pagi..sekolah ini adalah sekolah terbaik di wilayah persekutuan bagi UPSR 2012..sekolah berprestasi tinggi..

Saya juga bawa dia jumpa seorang guru al-quran bekas ustaz sekolah integrasi. Ustaz buat air mandi dan minum juga..Ustaz kata sekolah dia dulu pun macam tu juga..bukan saja berlaku pada pelajar darjah satu, darjah 3 pun jadi begitu…

Patutlah cikgu pernah tanya dia pernah nampak apa-apa ke kat sekolah ? Nampak apa ? Saya buat-buat tak faham sebab tak mahu influnce kat budak lain pulak..

Pada jumaat lepas, ustaz sekolah dia bawa kami jumpa sahabat dia yang boleh ikhtiarkan. Dia buat air minum dan mandi. Air kolah masjid untuk mandi.

Saya kesian kat dia sebab, bangun pagi semangat nak ke sekolah, solat subuh, minta sediakan bekal. Dia siap baca selawat syifaa dari rumah, sampai je di depan sekolah dia buat ragam tak mahu keluar. Dia pernah bagi tahu isteri saya, bila sampai je kat sekolah hati jadi sayu, tak mahu masuk ke sekolah..

Saya tanya student part time saya yang sambung belajar di IPTS, seorang ustazah di sebuah sekolah integrasi tentang ragam anak saya tak mahu ke sekolah dengan harapan ada tips yang boleh diikhtiarkan. Dia kata itu adalah kes-kes yang melibatkan anak-anak yang boleh nampak benda-benda halus. Ada yang tukar sekolah sebab tak tahan bila boleh nampak benda-benda tersebut. Tambah beliau ada yang berubat untuk tutup kembali “hijab” yang terbuka.

Semalam, saya mendapat ilham untuk menggunakan teknik rawatan yang saya pelajari dari kelas AKRINE untuk ikhtiar memulihkan anak saya. Pelik ye, kenapa sebelum ni saya tak tergerak untuk gunakan apa yang telah diajarkan oleh ustaz majid tahun lepas.

Pagi ini, setelah dipujuk, anak saya mampu masuk ke kawasan sekolah dan dengan bantuan guru kanseling, kami boleh tinggalkan dia di sekolah. Syukur Ya ALLAH, secara beransur-ansur putera saya dah boleh ke sekolah..

Stage tak mahu keluar dari kereta dah berlalu. Dia dah boleh masuk kawasan sekolah. Tapi masih tak mampu untuk masuk ke bangunan sekolah. Dia menunjukkan tanda-tanda ada gangguan ke atas dirinya. Sebelah petang saya bawa sahabat ustaz yang pernah kami ke rumahnya jumaat lepas untuk meninjau kawasan sekolah. Dia bawa anak saya masuk ke kelas. Siap test untuk masuk kelas.

Esoknya alhamdullillah, dia dah boleh masuk ke kelas walaupun untuk satu waktu. Saya dan isteri berada di luar kelas. Bila saya perhati, setelah berada di dalam kelas, dia jadi normal. Buat kerja dan sempat tanya guru kelas untuk arahan seterusnya. So, esok ibunya tunggu di luar kelas. Lepas waktu rehat dia kata ibunya tak payah tunggu.

Sebagai pengajaran, jangan ambil mudah jika anak meragam tak mahu ke sekolah. Periksa jika sebab 1) guru garang ke, 2) kawan kacau ke, tapi kalau dah pernah ke tadika perkara 1 & 2 bukan masalah, sebab mesti dia awal-awal tak mahu ke sekolah. tapi kalau bersemangat ke sekolah, tapi sampai je depan gate sekolah tak mahu masuk, kerabat kaki kita tak mahu lepas, reaksi muka dalam ketakutan, itu tandanya berlaku gangguan tahap mistik.

Perkara ini juga kami ambil sebagai petunjuk daripada ALLAH s.w.t dan setiap kali berjumpa ustaz atau individu untuk ikhtiar, ada perkara baru yang dipelajari ataupun sebagai revision terhadap amalan, doa, selawat dan bacaan-bacaan ayat al-quran yang tidak diamalkan, belum dihafal atau baru tahu kegunaannya.

Semoga putera saya pulih seperti biasa dan jika saudara-saudari menghadapi masalah ini cepat-cepatlah berikhtiar, kesian anak-anak, jangan dipukul, marah atau diugut dengan pelbagai hukuman. Daripada ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita akan kembali.

Walaupun anak dah pulih daripada unsur-unsur gangguan, sedikit masa harus diberi untuk dia adjust balik mood ke arah pembelajarannya. Bayangkan selepas kita kebah dari demam, badan kita dalam “recovery process”. Sokongan untuk dia serta doa berterusan kepada ALLAH s.w.t InsyaALLAH akan membuahkan hasilnya jua…

Saya agak surprise apabila ada parents yang tinggalkan mesej di entri ini mengenai masalah anak tak mahu ke sekolah..Parents yang tak kena tak rasa peritnya situasi ni. Kita akan rasa tiada sesiapa yang faham masalah yang kita sendiri tak tahu puncanya. Perasaan malu, sedih, marah semuanya dibuang jauh demi membantu anak kita berjuang untuk dirinya..Ada guru yang tengok kita dengan sinis dan parents lain tersenyum bangga seolah-olah berkata “tengok anak aku Ok je ke sekolah”.

Isteri saya berjumpa doktor kerana badan mula sakit dan doktor kata itu stress yang tidak disedari. Doktor siap share ada juga parents yang datang berjumpa dia sambil menangis sebab dah tak tahu nak buat apa bila anak tak mahu ke sekolah. Ini bukan kes budak darjah satu tapi anaknya tingkatan dua.

Saya bernasib baik sebab, rahsia yang diketahui oleh orang-orang tertentu di sekolah seperti ustaz, guru-guru terpilih dan juga pengawal keselamatan sekolah sudi dikongsi kepada saya. Ia memberi jalan untuk kita berusaha dengan rawatan alternatif. Ini bukan sekadar psikologi budak sekolah…

Sekiranya anda menghadapi masalah yang sama, just ikut langkah-langkah di atas. Cuba pelbagai method. Kalau perlu no hp ustaz, just tinggal mesej dan email kepada saya supaya saya boleh bagi no hp yang diperlukan. Sebenarnya keserasian rawatan mana-mana ustaz dengan anak kita juga penting, macam doktor dengan pesakit…Wassalam..

Comments (31) »